Abdullah Ahmad Badawi berkata kad laporan prestasi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menjadi antara kriteria dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum ini.Menurut Perdana Menteri, beliau akan melihat apa yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan melalui kad laporan tersebut.
"Ada yang dihantar pada saya, saya akan tengok, saya akan melihat apa yang mereka buat, ia (kad laporan) antara faktor jadi calon.'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Kad laporan berkenaan diperkenalkan ke atas wakil rakyat BN bertujuan melahirkan jentera pentadbiran bersih dan telus di semua peringkat.Melaluinya, setiap wakil rakyat perlu menghantar kad laporan tentang tanggungjawab masing-masing.
Suatu perkara yang perlu dan wajib diambil kira oleh Pak Lah ialah mengenai prestasi akhlak dan terlibat atau tidak dengan kes rasuah setiap wakil rakyat BN. Kalau ini diambil kira ramai yang tercicir dari senarai pemilihan. Persoalannya adakah ini suatu perkara besar oleh Pak Lah.? Kita tunggu dan lihat bila PM umumkan senarai yang terpilih.
Berikutnya kita meragui dengan kad laporan yang diteliti oleh pak Lah, adakah benar-benar kesahihannya. Kalau sekadar laporan sebelah pihak tentunya sangat baik dan A semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan