05 Februari 2008

Samy : menang 100% atau Kalah 100%

Angkuhnya Samy Vellu degan mengatakan semua kerusi yang ditandingi oleh MIC akan dimenangi 100%. Katanya Parti MIC bertekad mengulangi kemenangan 100 peratus pada pilihan raya ke-12, di sebalik pelbagai isu ditimbul pembangkang berhubung kaum itu.


Samy Vellu berkata, bagi memastikan kemenangan di semua sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi dewan undangan negeri, semua pengerusi cawangan perlu 'turun padang' bagi memahami dan memenangi hati rakyat."Setiap pengerusi cawangan perlu mengemukakan pelan 20 hari bagi menangani isu sosial, ekonomi dan agama," katanya ketika berucap di hadapan 3,700 pengerusi cawangan MIC dari seluruh negara.

Namun kita yakin semua kerusi yang ditandingi MIC termasuk dia sendiri kalah 100%. Suasana ini berdasarkan perubahan sokongan kaum India yang saya anggap sangat ketara sehingga ini.

Tiada ulasan: