01 April 2008

ADUN DAP Buntong di Perak keluar parti

KUALA LUMPUR 31 Mac - Krisis kerajaan campuran di Perak masih belum selesai apabila menerima tamparan terbaru ekoran pengumuman Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam meletak semua jawatan dan keluar dari parti itu.

Sivasubramaniam dalam surat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang salinannya dihantar kepada media, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham.

Katanya, Khoo Ham tidak menunaikan janji untuk mengagihkan kerusi Exco kepada dua pemimpin India yang dianggapnya sebagai tamparan dan penipuan kepada kaum itu di Perak.

2 ulasan:

Afham berkata...

dengar cite beliau masuk kembali..tak jadi keluar..

Selongsong berkata...

Ha ah. Dengar cerita beliau sudah menarik balik surat asal beliau dan kini kembali sebagai Ahli DAP.

Harap Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim dapat kemaskini berita terbaru.

Jazakallahu khair.

selongsong.pencucuh