IPOH 31 Mac — Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lepas dan portfolio yang dipegang Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.
Senarai portfolio bagi 10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:
1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.
3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.
5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.
6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.
7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.
9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.
2 ulasan:
Cepat juga posting Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim, sebelum saya pergi ke uni, tak keluar lagi dan sekarang sudah ada dua posting baru. Masih "panas" lagi.
Apa-apa pun jua, sudah terjawab bahawa ADUN Lubuk Merbau, YB Mohd Zainudin Mohd Yusof telah terpilih sebagai Exco Agama. Semoga beliau dapat menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas.
Ana juga ingin bertanya kepada TGKIL apakah rancangan-rancangan TGKIL untuk membangunkan DUN Titi Serong dari sudut pembangunan material dan juga insaniah - human capital? Harap TGKIL tidak lokek untuk kongsi bersama.
wassalam
Salam jihad tiada kunjung putus..
selongsong.pencucuh
Selesai sudah perlantikan ahli-ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) Perak. Sekarang ini, masih tertunggu-tunggu beberapa persoalan yang tercetus di minda:-
1. Siapakah bakal menjadi speaker baru negeri Perak?
2. Siapakah yang akan dilantik menjadi senator-senator bagi negeri Perak?
3. Siapakah yang akan dipilih sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak?
Harap Al-Fadhil TGKIL dapat memaklumkan apabila maklumat sudah sedia diputus untuk diumumkan kepada khalayak.
wassalam
Salam jihad tiada kunjung putus..
selongsong.pencucuh
Catat Ulasan