28 Mac 2008

Banyaknya punca calon BN kalah di Pahang !

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengenal pasti 120 punca kekalahan Barisan Nasional (BN) Pahang di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.


Menurutnya, sebab-sebab itu dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu masalah dalaman dan luaran.‘‘Faktor dalaman termasuklah sikap individu (calon), organisasi, pendekatan dan isu, manakala antara faktor luaran ialah hasad dengki dan sebagainya,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, BN Pahang terlepas lima kerusi DUN iaitu Triang dan Tras, kedua-duanya kepada DAP, Kuala Semantan dan Beserah (Pas) dan Tanah Rata (Bebas).

Sementara dua kerusi Parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota pula dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Demikianlah betapa banyaknya punca BN kalah dinegeri yang Bn masih boleh bertahan dan memerintah. Tidaklah dapat dibayangkan , dan logiknya lebih banyak berganda-ganda kalau dinegeri yang telah jatuh kepada BA dan BR, iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Apa pula faktor yang ada di Terengganu, kita minta Idris Jusoh senaraikan kalau adamasa. Ini lagi ajaib, dah menang besar tapi tidak boleh memerintah dan jadi Menteri Besar.

1 ulasan:

Selongsong berkata...

Alamak Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim, macam mana ni?

Tapi saya rasakan, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Adnan Yaakob lupa satu lagi faktor yang perdana, yang terlebih keutamaannya, iaitu tidak meletakkan Islam pada tempat yang selayak baginya.

Sekiranya UMNO memperjuangkan Islam, sudah lama PAS bungkus dan tutup kedai. Mungkin TGKIL akan menjadi presiden PAS kalau hal sedemikian terjadi, sebab UMNO tidak menerima bukan Melayu.

Dah lah tu, tak mahu pula menurut ajaran Islam sebenar, siap buat mazhab Hadhari ysng serba pincang, ini yang menyebabkan kalah. Ini faktor yang dia tak nak ambil peduli.

Seperti kata Al-Fadhil Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:-

"Regu ini adalah ciptaan Allah seperti langit regunya bumi, pagi regunya petang, Islam regunya iman. Ke mana perginya Iman Hadhari. Sampai sekarang pun tiada," ujarnya."
--- Rujukan: Manhaj Islam Hadhari cuba kelirukan rakyat Kelantan

Orang yang perjuangkan Islam kerana Allah tidak akan kalah; Allah sudah menjanjikan kemenangan bagi. Tidak menang di dunia, pasti akan menang di akhirat nanti. Insya-Allah.

selongsong.pencucuh