28 Mac 2008

Dulu "saya pantang dicabar" : Sekarang " saya tidak akan lari ".

KUALA LUMPUR, 27 Mac :-Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau ‘‘tidak akan lari’’ sekiranya dicabar bagi perebutan jawatan presiden pada pemilihan UMNO yang dijadual Disember ini.



Perdana Menteri berkata, beliau akan terus berhadapan dengan cabaran tersebut jika terdapat pemimpin tertentu menerima sokongan dari bahagian untuk berbuat demikian.

‘‘Sekiranya mereka mendapat sokongan dan mahu mencabar (bertanding jawatan presiden), sudah pasti saya harus menghadapinya dan saya tidak akan lari,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan , ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di sini.

Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Dalam perkembangan yang sama, Dr. Ibrahim mengesahkan pertemuan dengan Tengku Razaleigh namun enggan mengulas isu yang dibincangkan

Tiada ulasan: