28 Mac 2008

Esok angkat sumpah Exco Perak

IPOH, 28 Mac:- Penugguan rakyat Malaysia dan warga Perak akhirnya terjawab dengan berita pada hari ini yang memaklumkan perkenan Sultan Perak untuk majlis angkat sumpah Exco yang akan berlangsung esok, sabtu jam 10.30 pagi. Satu surat jemputan resmi telah difaxkan kepada Pejabat Wakil Rakyat ADUN titi Serong pagi tadi.


Majlis tersebut akan dihadiri oleh semua exco yang telah mendapat perkenan Sultan Perak, YAB Menteri Besar , Orang-orang Besar Perak, dan semua Wakil Rakyat seluruh Perak. Majlis angkat sumpah akan disempurnakan dihadapan Pemangku Raja perak, Raja Nazrin di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala kangsar.

2 ulasan:

Selongsong berkata...

Siapa agak-agaknya Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang akan mewakili PAS? Tak sabarnya nak tunggu!

Al-Fadhil Tuan Guru Drs. Khalil Idham Lim ada peluang sebanyak 1/5. Gambatte Kudasai!

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

TGKIL ada dalam senarai Exco ke?