02 Mac 2008

BN akan lakukan terbaik untuk Kelantan ?

Pak Lah untuk sekian kalinya berkunjung lagi ke Kelantan kelmarin. Sekali turun tentunya sarat dengan pujukan disertai janji manis sehinggakan saya sendiripun hairan kerana Pak Lah seolah-olah lupa pada diri dan tanggung jawab peribadi nya yang lebih besar iaitu untuk menyelamatkan melayu Pulau Pinang bukanya dok menyibuk kacau Kelantan. Mewlayu Pulau pionag dah lemas dan sebahagiannya dah tenggelam, kenapakah tiada usahaha dari pak Lah untuk selamatkan mereka. seperti kata perpatah gajah depan mata tak nampak.




Apapun Kelantan , ianya sudah milik orang Melayu Islam. Jangan jadi orang kurang cerdik dan menjadi pengcau daun kepada perkara yang dah elok. Lebih baik Pak Lah balik Tanjung dan tengok-tengok mereka yang selalu dipinggirkan walaupun PM orang sana.


Setelah menjejak kakinya di Kelantan kelmarin dia berkata, Barisan Nasional (BN) berusaha melakukan yang terbaik untuk masa depan Kelantan dan rakyat negeri ini perlu memberi pertimbangan sewajarnya kepada usaha BN itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Kononnya beliau sedih melihat keadaan Kelantan sepanjang 18 tahun Pas memerintah negeri ini tetapi beliau sentiasa memastikan rakyat negeri ini tidak berasa dianaktirikan.‘‘Yang ingin memajukan Kelantan dengan ikhlas dan tegas adalah kerajaan BN. Jika ada peluang, dengan sokongan kuat, saya berani katakan rakyat akan menyaksikan sesuatu yang belum pernah dilihat (dalam pembangunan) sebelum ini berdasarkan potensi besar negeri ini.

‘‘Terserah rakyat Kelantan tetapi Islam sendiri menuntut perubahan agar (kita) maju dan dengan sumber kekayaan (negeri ini) ia boleh dimanfaatkan dalam semua lapangan kehidupan,” kata Abdullah ketika berucap pada majlis pecah tanah kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Tangok dekat sini petang kelmarin .


Apakah ertinya suatu kemajuan yang bukannya dimiliki oleh rakyat tempatan sepertinya di Pulau Pinang. Kaya tapi rakyat miskin, dan bukan jadi pemilik kepada kekayaan yang dikaut oleh bangsa asing. Insaflah Pak Lah orang Kelantan dah lama cerdik, jauh lebih cerdik dari "hang".

Tiada ulasan: