Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.
``Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.
``Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama,'' titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – Utusan.
3 ulasan:
Insya-Allah, dengan kehadiran YB Tuan Guru Khalil Idham Lim ke Dewan Undangan Negeri Perak, ahli-ahli DUN Perak akan sentiasa diperingatkan dan bermuhasabah agar tidak hilang pedoman serta membantu kerajaan negeri menjadi kuat dan disegani rakyat.
Insya-Allah.
Bolehlah TGKIL kow-tim dengan YAB Ir. Mohammad Nizar selepas ini.
Sokong 100% pendapat Tuanku .
Assalamualaikum wrt. wbrt.
Saya ada terima emel berkenaan dengan MB Perak yang baru, cuma tidak pasti akan kesahihannya. Mungkin YB Al-Fadhil Tuan Guru Drs. Khalil Idham boleh mengesahkannya atau menafikan berita di bawah ini.
Wallahu 'alam
Selongsong.Pencucuh
Berita terkini berkenaan dengan MB Perak Baru, YAB Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin
-------------------------------------------
Assalamualaikum......
E.mail dari seorang sahabat... maaf rakaman dna gambar tidak disertakan. Kalau nak sila YM saya hehe.
Baru balik dari sebuah kampung yang telah dilawati oleh Menteri Besar Perak yang baru. Ia merupakan satu lawatan tidak rasmi....satu ziarah ke atas keluarga mangsa kilang tepung yang terbakar dan meletup di Lumut semalam. Mangsa telah disemadikan malam semalam.
Aku tumpang berbangga kerana hari ni telah berpeluang mengiringi YAB MB Perak yang baru.....U all nak tahu....."radio car" pun dok belakang kereta aku tau...hehehheheh pasal aku dok depan sekali mengiri rombongan MB tersebut. Dalam pada tu....ada jugak orang2 kampung yang berasa hairan dengan kehadiran polis2 yang mengiringi YAB MB Perak tersebut.....sebelum sampai rumah keluarga tersebut, siap bunyi siren lagi. Orang2 kampung rasa heran pasal ada radio car.....apa depa ingat MB selain BN tak berhak dilayan macam tu ker.....hapaaaa punya pemikiran. He is still our MB no matter from which party he came from.....Keep in mind MB ialah Ketua Eksekutif dalam negeri bukannya Ketua Parti dan bukan hanya mewakili mana2 parti sahaja.
Aku berpeluang dok dekat MB masa kat dalam rumah keluarga mangsa tu. He is very,very,very humble person....masuk2 terus dok bersimpuh dan jumpa dengan keluarga mangsa. Supprisingly....tiba-tiba dia terus mengetuai bacaan Tahlil.
Tanpa kusedari.....aku sebak dan terus menitiskan air mata .....bukan kerana sedih dengan kehilangan mangsa (aku pun tak kenal sangat dengan family tu) tetapi kerana tindakan MB tu sendiri yang jarang2 kita lihat ada pada pemimpin2 lain. Mungkin situasi ni dah jadi biasa di kalangan pemimpin2 di Kelantan tapi bagi kami yang di Perak ni mungkin agak asing dan belum pernah lagi tengok dilakukan oleh MB2 Perak lain yang sebelum ni (sejak aku dilahirkan di dunia ni laaaa). Touching sangatttt, dengan anugerah dari ALLAH tu.
Walaupun ia merupakan satu pertemuan yang cukup singkat tetapi kesannya cukup mendalam bagi diriku...mungkin orang2 lain yang hadir dalam majlis ringkas tu tadi turut merasai apa yang aku rasa.....Dengan "tersentuhnya" hati-hati yang hadir dalam majlis itu tadi, moga2 ianya akan meningkatkan lagi ketakwaan kita pada Allah....InsyaAllah.
Macam biasalah....aku tetap tak kan melepaskan detik2 manis bersama YAB MB begitu saja. So....aku sempatlah capture few photo dan juga ucapan ringkas YAB MB sebelum keluar dari rumah mangsa untuk dikongsi bersama u all semua.
Keluar2 rumah....terus "diserbu" oleh TV3. YAB MB terus ditemuramah oleh TV3 & aku pun tumpang sekaki dok dekat2 YAB MB....hehheheheh. Tapi dalam hati aku terus berkata2 " boleh pecaya ker dengan TV3 ni......temuramah dekat 5 minit.....kluaq tv, tinggal 3 saat..hahahah. Pada aku....budak2 TV3 tu cukup bagus dan seronok dengan MB baru tapi bila sampai ke tangan Penerbit....paham2lah. Silap ari bulan gambaq pun jadi still....hehehe. Last2 pembaca berita jer yang bercakap " MB Perak berkata.....bla bla bla", sampaikan kita nak dengaq suara MB pun tak dapat....kejam....kejam
Hangpa buatlah camtu sampai bila2 TV3 ooooooiiiii....dah terbukti tindakan hangpa yang melaporkan berita yang berat sebelah tu telah berjaya menumbangkan BN yang cukup " Power Rangers " satu ketika dulu. Rakyat sekarang tak lagi kempunan kalau tak dapat tengok berita hangpa kerana dah banyak media2 lain yang boleh dijadikan pilihan......TVKelantan ada, TVPAS ada and off course YouTube macam2 ada, MalaysiaKini, MalaysiaToday dan banyak lagi.....
Rasa2 cukuplah sampai di sini dulu.....dan sudah pasti berita yang aku sampaikan ni ahead daripada mana2 berita yang dikeluarkan oleh RTM mahupun TV3.
Jangan lupa.....ada 2 attachment : photo dan rakaman ucapan ringkas.
Oppssss.....ni ada something to share
Just to share this nice quote (ingatan/pesanan) from a friend of mine :
Remember Allah Always and Thanks to Allah for the chances given to evaluate ourselves in order to enhance ourselves to be a better person, InsyaAllah.
Catat Ulasan