25 Mac 2008

MB Terengganu :Ketua Umno bahagian Bantah Keputusan PM

Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Perdana Menteri berkata, pelantikan itu tidak akan berubah kerana ia dibuat berasaskan sokongan padu yang diterima oleh Idris daripada ADUN negeri itu.“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar di negeri Pantai Timur itu di sini hari ini.

Sementara itu lain pula bagi semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.


Katanya, UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.


Jelasnya, selain beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan ADUN Kijal itu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Dr. Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd. Jidin Shafee (Setiu).


Selain itu Utusan turut menyiarkan pandangan dari rakyat Terengganu yang mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.


Nampaknya tiga keadaan keadaan yang menarik ini mewarnai politik Terengganu pada hari ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.

Tiada ulasan: