25 Mac 2008

Jangan Perkecil Kewibawaan Pimpinan

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan sekarang, sokongan semua pihak amat diperlukan bukan sahaja untuk memastikan kestabilan di peringkat Pusat bahkan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Para pemimpin UMNO di semua peringkat dinasihatkan supaya mengutamakan kepentingan parti dan bukannya mengambil tindakan yang cuba memperkecil-kecilkan kewibawaan pucuk pimpinan.


Demikianlah yang kita harapkan juga kepada semua pemimpin UMNO jangan cuba memperkecikan kewibawaan semua kepimpinan negeri-negeri yang telah dikuasai oleh parti-parti alternatif.


Mereka telah nendapat mandat yang besar dari rakyat yang inginkan perubahan. Paling menarik semuanya telah mendapat perkenan sultan sehingga tertubuhnya kerajaan negeri tersebut, kecuali negeri Perak yang belum menerima perkenan Sultan bagi barisan exco yang terlantik.

2 ulasan:

Selongsong berkata...

Saya sangat setuju dengan pendapat dan pandangan YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim dalam perihal ini.

Bagaimanakah kita mahu memperkecilkan kewibawaan pimpinan cina Islam, sejak YB Dato' Anuar Tan dan YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim mula bertanding, sekiranya tidak salah saya dan setahu saya, telah mengekalkan rekod kemenangan 100%. Ini menunjukkan masyarakat sangat yakin dan tidak berbelah bahagi menumpahkan taat setia mereka kepada pimpinan Cina Islam. Ini diperakui sejak zaman Laksamana Cheng Ho lagi atau semasa Sa'ad Ibnu Abi Waqas menjejakkan kakinya ke tanah hulu laluan sutera.

Maafkan saya sekiranya komentar saya bersifat perkauman, tetapi ini bukannya niat saya... saya teringat hadis baginda Rasulullah saw lebih kurang:

“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561). Rujukan: Permasalahan Ta'adud Jamaah

Selongsong berkata...

Meminjam kata-kata Al-Fadhil Ustaz Haji Nasrudin Haji Hassan At Tantawi dalam blog beliau, "Episod Sebuah Perjuangan":-

"Kasihanlah kepada pemimpin kita yang saya lihat terlalu banyak pengorbanan mereka. Mengerah keringat, memerah daya dan menghabiskan sebahagian besar masanya untuk perjuangan. Masa mereka dipentas perjuangan yang serba mencabar dan menggugat ini ternyata lebih banyak berbanding mereka di samping anak dan isteri.

Lebih mengundang simpati saya, hadhir dan tampilnya mereka memimpin gerakkerja amal Islami ini berdepan dengan risiko yang mengancam keselamatan diri mereka. Hari-hari mereka dibayangi ancaman, ugutan, fitnah dan tohmahan disebalik ketenangan wajah mereka memimpin.

Sangat malang saya lihat, masih ramai yang suka mengkritik mereka, menidakkan usaha mereka dan mempersoal hasil keringat mereka sedang yang mengkritik itu lapang masa bersama anak isteri, rehat tenaga dihadapan televisyen dan banyak berbual berbanding merancang dan merencah idea."


Rujukan: Selamat Berjuang Sahabat Ku

Jazakallahu khairan kathirah, khususnya buat Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim kerana ana yakin perjuangan Al-Fadhil TGKIL bukannya hanya bermula sejak menang kerusi ADUN Titi Serong pada pilihanraya yang lepas.

Tiba-tiba ana teringat kata-kata arwah Al-Fadhil Ustaz Fadzil Nor, beliau ada menyebut ketika hayatnya, lebih kurang, (perbetulkan saya sekiranya salah) seorang yang berjuang menegakkan Islam ini, tiada masa untuknya berehat; sebaliknya terus bekerja dan bekerja untuk Islam. Rehatnya seorang pejuang Islam ini hanya apabila tiba masanya dia diletakkan dalam ke liang lahat.

Komen saya: Hanya musuh-musuh Islam yang memperkecil-kecilkan kewibawaan pimpinan Islam.