26 Mac 2008

Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong

Alhamdulillah sejak kemenangan PAS pada 8 Mac yang lepas, seawalnya pada 15 Mac yang lepas Pejabat Wakil Rakyat bagi Parlimen dan DUN yang di menangi PAS telah mula beroperasi. Waktu pejabat yang dipersetujui ialah dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk hari isnin hingga jumaat. manakala untuk hari sabtu separuh hari dari jam 9 hingga jam 12 tenghhari. Hari Ahad pejabat ditutup.


Pejabat Kami Beroperasi di lokasi Pejabat Pas Kawasan iaitu, No. 8 Jalan Keli, Taman Seri Tenggara, 34200 Parit Buntar. Antara kakitangan pejabat yang dilantik ialah Setiausaha, Sdr. Nizam, Sdr, Aziz sebagai PA ADUN Titi Serong, Sdr. Hamdan , PA serta Koodinator Hubungan Antara Kaum Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Titi Serong, En. Tajuddin, Pembantu Khas Pejabat, dan Sdr. Baharin Desa, PA Ahli Parlimen untuk DUN Kuala Kurau

Sambutan yang menggalakkan dari semua penduduk setempat jelas kelihatan apabila sepanjang masa kelihatan banyak kasut dan selipar yang terletak diraugan pintu masuk pejabat. Antara yang banyak yang datang adalah untuk memohon tandatangan setelah beberapa orang Ketua Kampung yang nampaknya tidak amanah dengan menolak permintaan rakyat untuk cuma memberi tandangannya. Sedangkan mereka masih berkerja makan gaji dengan kerajaan Negeri Perak.

Selain itu aduan dan permasalahan rakyat tidak putus-putus kami terima sejak pejabat ini beroperasi. Semuga ianya berterusan sebagai jantung hati dalam membangunkan rakyat pelbagai golongan.

2 ulasan:

Amzari Zhahir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Selongsong berkata...

YB Al-Fadhil Tuan Guru Drs. Khalil Idham Lim yang dikasihi.

Sebenarnya ana nak minta, TGKIL siarkan alamat Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong demi untuk kebaikan umum, tetapi ana sudah menjumpai maklumat berkenaan di laman sesawang PAS seperti berikut:-

Pas Kawasan Parit Buntar

Pas Kawasan Parit Buntar,
No. 8, Jalan Keli,
Taman Seri Tenggara,
34200 Parit Buntar,
Perak D.R.


Admin PAS Parit Buntar
No. Telefon: 6057162704
No. Fax: 6057162704

Webmaster PAS Pusat
No. Telefon: 0361895612/0361895592
No. Fax: 0361889520

Sekian, Jazakallahu Khairan Kathirah.

Selongsong.Pencucuh