26 Mac 2008

Ir. Nizar :Istana belum perkenan perlantian exco

IPOH 25 Mac - ''Jika saya tahu bila tarikh angkat sumpah jawatan Exco, saya adalah orang pertama yang akan beritahu anda''.Begitulah reaksi Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika ditanya mengenai pelantikan Exco bagi kerajaan campuran di negeri ini yang masih belum selesai.Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih menunggu perkenan daripada Sultan Perak setelah menghantar senarai barisan exco yang telah dipersetujui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Buat pengetahuan anda semua kita sedang tunggu perkenan Tuanku yang kini bercuti di London," katanya di sini hari ini.Mohammad Nizar berkata, formula barisan Exco yang telah dipersetujui iaitu enam daripada DAP, tiga PKR dan dua termasuk dirinya daripada Pas akan terus dikekalkan.

Jelas beliau, pihaknya yakin langkah berkenaan tidak akan membawa sebarang masalah kerana ia hasil persetujuan secara bersama.Tegasnya, dakwaan kononnya kaum Melayu akan terpinggir jika enam ahli exco terdiri daripada wakil rakyat DAP hanyalah satu mitos.''Majoriti pemimpin daripada sesuatu kaum bukan faktor penentu kejayaan bangsa Melayu dan ini telah terbukti sebagaimana yang berlaku di Terengganu pada masa ini.''Walaupun kita di Perak berlainan agama, bangsa, budaya dan latar belakang tetapi kita bersatu hati sedangkan di Terengganu yang pemimpinnya satu kaum dan satu parti sedang berpecah-belah dan huru-hara.''Tindakan pemimpin di sana juga sebenarnya satu penderhakaan kepada institusi raja kerana sanggup mengingkari perintah Sultan Terengganu," katanya.

Mengenai gesaan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini supaya Sultan Perak menolak formasi barisan Exco kerajaan negeri Mohammad Nizar berkata, ia bukan kehendak rakyat.''Mereka ini tidak mewakili rakyat. Saya ingin bertanya, adakah Sultan Perak akan mendengar suara rakyat atau NGO?," katanya.

1 ulasan:

Selongsong berkata...

YAB Ir Mohammad Nizar tak ada weblog sendiri ke?

Cukup kot dengan weblog YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim sebagai wadah penyebar info?!