22 Mac 2008

Siapa Dia Exco Agama Perak ?

Setakat ini belum ada pengumuman siapakah dia Exco yang akan memenuhi cuma satu quata Exco yang diperuntukan untuk PAS dalam barisan 10 Exco yang akan terlantik. Saya telah banyak dihubungi oleh ramai rakan taulan dari dalam dan luar negeri mengenai siapakah yang telah dipilih untuk menduduki kerusi tunggal tersebut.
Namun apa yang perlu saya berikan jawapan tidak lain dari...Allahuaklam, kerana saya setakat ini tidakpun dipanggil dan dimaklumkan secara resmi siapakah yang telah terpilih.

Sayapun sendiri tertanya-tanya siapakah yang sebenarmya akan dipilih menduduki tempat tersebut.
Tulisan ringkas ini juga bagi menjawab beberapa komentar dari blog Cina Islam ini tentang siapakah yang akan dipilih.

Anggapan kuat saya dalam soal ini adalah kami ADUN-ADUN yang dipilih di Perak iaitu Pasir Panjang, Gunung Semanggol, Changkat Jong, Lubok Merbau, Selingsing dan Titi Serong akan dipanggil berbincang untuk menentukan siapakah yang akan kami persetujui bersama bagi mewakili kami . Sebagaimana kami persetujui Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB.

InsyaAllah kamilah yang akan mempertahankan apa saja persoalan sikap, dasar dan tindakan selama kerjaaan ini berjalan , terutamanya dalam sidang DUN Negeri Perak selama tempoh tersebut.

2 ulasan:

Selongsong berkata...

Insya-Allah, sesiapa sahaja dari kalangan ADUN PAS yang terpilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (exco), semoga beliau dapat menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Wala' kepada kepimpinan Islam tidak seharusnya menjadi suatu persoalan di sini.

Walau apa jua keadaan, ana harap YB Al-Fadhil Tuan Guru Drs. Khalil Idham Lim akan menggunakan peluang selama 4-5 tahun di DUN Perak untuk berdakwah dengan lebih berkesan lagi.

Perak akan jadi "test-case" sama ada PAS dan rakan-rakan parti pembangkang lain bersedia untuk menerajui Kerajaan Malaysia di masa hadapan.

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

Harap ADUN-ADUN PAS Perak tidak lupa untuk meminta pandangan dari YAB Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS selain menunaikan solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. sebelum menentukan siapa bakal Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak (Exco) yang akan mengisi kuota PAS.