08 Mei 2008

Apa sudah jadi ?

Kenaikan harga beras nampaknya mendahului isu panas dalam negara pada saat ini. kelmarin saya dikunjungi oleh seorang pengusaha kantin untuk mengadu masalah kenaikan harga barang yang "mengila" pada masa sekarang.

Katanya pendapatan dia dan kawan-kawan pengusaha yang lain sangat terjejas dan tidak tahu kesudahannya. Sebelum ini untuk 20 kilo harganya RM 76 sekarang telah mendadak naik kepada RM 130.


Apa yang saya nampak mungkin suatu yang sangat menghantui pemikiran kepada petani sawah yang terletak di Daerah Kerian yang saya cintai. Siapa tidak tahu mengenai kerian-sungai Manik sebagai jelapang padi Perak.

Bayangkan harga komuditi padi sehingga saat ini telah naik melebihi 100 %. Harga padi masih statik, berganjak pun tidak. Harap naik harganya macam tunggu "kucing bertanduk" atau "ikan keli bersisik". Aneh tapi nyata.

Kesannya terfikirlah dibenak kepala ini, bagaimanalah nasib sang petani sawah yang menjual padinya dengan harga murah, setelah itu ingin membeli kembali beras dengan harga yang tersangat mahal.

Kalau menteri main lepas cakap, saya pun hendak lepas cakap dengan cadangan supaya usahlah kita jual padi untuk habuan kita makan dalam tempoh semusim padi. Kembali kepada zaman dulu-dulu. Tumbuk atau hantar ke kilang padi kecil-kecilan kalau masih ada untuk dimesin. Itupun cadangan saya nampaknya lebih berasas.

2 ulasan:

fahmi berkata...

Salam sejahtera Ustaz,

Syukur kepada Allah kerana dapat mendengar kuliah Ustaz di Masjid TM Taiping semalam. Harapan saya agar Ustaz dapat pergi ke masjid-masjid lain di kawasan Taiping untuk memberi kuliah.

Saya sangat bersetuju dengan saranan Ustaz agar hasil padi di Perak dapat diproses sendiri oleh pesawah. Tapi, takkanlah zaman moden ni kita nak guna lesung padi. Rasanya ada jurutera yang sanggup reka mesin tersebut jika diberi peruntukan. Mungkin ini akan memberi kejutan kepada Bernas dan Kerajaan BN untuk menaikkan harga padi sejajar dengan kenaikan harga beras. Lagipun padi yg terus di proses dari sawah tentunya lebih sedap dan berkhasiat.

Berkenaan dengan isu remaja Melayu Islam, memang patut diberi perhatian yang lebis serius. Saya cukup kecewa kerana ulama'-ulama' di Perak langsung tidak mengambil tindakan atau usaha untuk membaiki akhlak generasi muda. Bila ada isu murtad barulah nak bermesyuarat. Anak muda tetap tidak dihiraukan, sekadar berkuliah di masjid, mana cukup.

Untuk pengetahuan Ustaz saya sekarang berumur 34 tahun dan saya mempunyai ijazah dalam bidang Statistik. Saya rasa saya boleh beri sedikit pendapat. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah mendapatkan data terkini rakyat Perak yang berumur 18-39 tahun. Kemudian pecahkan kepada 3 kumpulan
eg. 18-25, 25-32, 33-39. Ini akan memudahkan untuk tujuan kenalpasti dengan lebih terperinci. Dari setiap kumpulan umur ini perlu dibahagikan kepada 2 kategori (OK & TAK OK). Tumpukan program2 tertentu kepada 3 x 2 = 6 kumpulan ini. Kumpulan yg OK patut diberi keutamaan untuk mendapat peluang2 pekerjaan dan ekonomi. Dan kumpulan yg TAK OK perlu diadakan program untuk membaiki akhlak. Banyak yg boleh dilakukan dgn cara ini kerana masalah umur telah kita pecahkan.

Saya akan cuba fikirkan detail untuk projek ini dan maklumat tambahan akan menyusul kemudian.

Sekian, terima kasih.

DRS. KHALIL IDHAM LIM berkata...

semuga dirahmati Allah jua..
terima kasih dengan pandangan yang bernas dari fahmi. InsyaAllah satu hari kita berkesempatan duduk semeja bagi meleraikan masalah remaja kita.