09 Mei 2008

Gandum oh gandum...

Pagi tadi setelah sembahyang subuh bersama rakyat, saya sempat singgah di sebuah gerai menjual roti canai. Tuan punya gerai merungut dan berkata harga gandum sangat mahal. Tidak salah katanya RM2.60 sekilo, sedangkan katanya sebelum ini cuma seringgit lebih sekilo.

Sebelum ini, saya hanya membaca di akhbar dan bukannya rungutan secara langsung dari empunya diri. Rasanya masih belum terlewat golongan peniaga kecil perlu diberi semangat untuk meneruskan usaha perniagaan yang tidak seberapa itu.

Ternyata mereka sangat tersepit dalam keadaan untuk memuaskan hati pelanggan dan mendapat sedikit keuntungan yang diharapkan. Disinilah islam menganjurkan supaya kita ikhlas dalam melakukan segala kerja harian walaupun berniaga kecil-kecilan di tepi jalan.

Sebetulnya, semua barang mengalami kenaikan secara mnedadak. secara mudah menggambarkan kerajaan gagal untuk membela nasib rakyat yang semakin miskin. Walaupun duit ada tetapi tidak cukup untuk membeli dalam menampung keperluan hidup seharian. Kalau setengsh pihak boleh berbangga dengan kenaikan gaji disebalik itu apakah nasibnya orang-orang yang tidak makan gaji?

Semoga Allah mendatangkan pemimpin yang adil untuk membetulkan segala kemelut yang semacam tidak ada kesudahannya.

1 ulasan:

Juraimi Zainal berkata...

Dr,

Bawah ni salah satu pembaziranlah kerajaan, harap MP/Adun PR tidak mempermainkan duit rakyat semasa memerintah....

###############################

Satu Pembaziran yg nyata Pak Lah:
Rakyat melihat & menilai shj.

******************************

Jawapan bertulis daripada YAB Perdana Menteri dalam soalan lisan yang saya kemukakan membabitkan gaji, emolumen, elaun dan kos berkaitan 3 orang Penasihat YAB PM iaitu:

Penasihat Petronas YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad;

Penasihat Agama Islam YBhg Tan Sri Abdul Hamid Othman;

Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial YBhg Dato’ Shahrizat Abdul Jalil.

YAB Perdana Menteri memberi Jawapan berikut:

Penasihat Petronas: RM15,000-00 sebulan (tak termasuk kemudahan yang disediakan saperti kos kakitangan, pejabat, logistic dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya);

Penasihat Agama Islam: RM27,163 sebulan (dan RM18,643-25 untuk gaji/ elaun kakitangan);

Penasihat Wanita: RM33,727-20 sebulan (tak termasuk gaji/elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA).

Ini bermakna kos untuk menanggung ketiga-tiga Penasihat ini untuk setahun berjumlah RM1,134,401-40. Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung 3 orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate). Sedangkan YAB PM sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bhg. Agama (YB Datuk Dr. Zahid Hamidi) dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial YB Datuk Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan. Persoalan pokoknya ialah untuk apa ketiga-tiga Penasihat Lapuk ini dilantik. Apa fungsi dan tugas mereka?!

MP PR menegaskan bahawa ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan kita mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dan jawapan yang diberi biasanya adalah kerana kerajaan tiada peruntukkan.

Sedangkan wang rakyat berjumlah RM1.34j ini boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan/ atau 1,030 tahun (pada gaji RM900-00 sebulan). Wang RM1.34j ini boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000-00 sebuah rumah.

Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak RM1.34j ini dibazirkan kepada dinasour UMNO, pupusan Wanita UMNO dan golongan pencen UMNO. Tidakkah rakan-rakan komponen UMNO didalam BN terutama dari Sabah & Sarawak berasa amanah rakyat dikhianati dengan pembaziran seumpama ini. Tidakkah kakitangan kerajaan, polis tentera yang menggadai nyawa, guru-guru, pak tani nelayan penoreh getah, orang-orang kampong berasa terhina dengan pembaziran wang sebegini banyak hanya untuk memenuhi nafsu serakah politik UMNO yang menggunakan wang rakyat seolah-olah wang makbapak mereka!

Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim UMNO/BN ini. Semoga suara rakyat akan bangkit untuk mendapatkan kebenaran & keadilan dan menghapuskan rejim UMNO/ BN ini.

Wasalam