PARIT BUNTAR, 21 Mei: Kejadian mencuri kabel telekom semakin menjadi-jadi di kawasan utara melibatkan negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis. Kerugian kasar yang diandaikan untuk 3 bulan pertama tahun 2008 berjumlah 11 juta. Kerugian pada tahun 2007 ialah sebanyak 23 juta.
Demikian antara fakta yang diperolehi dalam pertemuan rasmi antara ADUN Titi Serong YB Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Kuala Kurau, YB Ab. Yunus Jamhari dengan pihakTelekom Malaysia Berhad(TM). TM diwakili oleh Pengurus Besar Wilayah Utara, Dr Mazlan Ismail, Penolong Pengurus Besar Negeri Kedah dan Perlis, Hjh Junaidah Hanum Abdul Wahab dan Pengurus Zon Parit Buntar, En. Nazri Abu Bakar.
Pertemuan selama sejam itu melahirkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya meningkatkan program kerohanian dan kesedaran islam seperti sembahyang hajat dan baca yassin.
Selain itu, pihak TM berharap ADUN Titi Serong dapat menyelitkan secara berhikmah dalam setiap khutbah jumaat.
Perbincangan juga melibatkan peranan Ketua Kampung dan JKKK dalam mengatasi masalah tersebut.

1 ulasan:
Untuk mengatasi masalah kecurian kabel ini saya cadangkan Kerajaan Islam DAP,PKR dan PAS di Perak laksanakan hukuman Hudud sesegera yang mungkin.
Catat Ulasan