IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.
Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.
Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan.
Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang.
Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat. dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.
3 ulasan:
Assala mualaikum. Tahniah kpd pemimpin pemnimpin PAKATAN RAKYAT PERAK.
Menjimatkan belanja pengurusan adalah amalan sektor koporat sekian lama, hanya penyangak wang dari kalangan pemimpin BN saja yg ambil kesempatan mengikis harta rakyat dgn cara yg memualkan dan dgn muka tak malu! Mereka telah lama joli wang rakyat kerana menganggap jawatan mereka sebagai hak mak bapa mereka selama lamanya !
Saya minta pihak PAKATAN menyiasat pelbagai perbelanjaan tuntutan perjalanan semua ADUN BN yg lalu dan kini yg meragukan dan bawamereka ke muka pengadilan .
Tahniah, anda semua memupuk budaya koporat.
Wahai rakyat Malaysia, tahniah kerana anda memberi kepercayaan dan kuasa kpd yg bijaksana (PAKATAN RAKYAT), hanya jauhari yg kenal manikam. Teruskan tekad anda, tawan kuasa politik negera ini dgn kuasa anda, biar BN putih mata, biar pengendali pengendali BN (tak layak dipanggil pemimpin) dihantar ke lubang neraka dan mmenerima azab nya atas segala kesalahn yg mereka lakukan.
Assala mualaikum. Ini berkaitan dgn pemilihan ketua kampong di Perak yg sedang bermula sekarang.
Kepada kerajaan pakatan Rakyat , ini ada soalan dan peringatan dan sebagai langkah berjaga jaga a dengan penipuan penyangak BN.
1. Pertandingan untuk jawatan ketua kampong kini adalah terbuka kpd semua tanpa mengira parti. Maka akan ada bekas ketua kampong BN yg ambil kesempatan bertanding dgn tujuan memegang dua kuasa, satu sebagai kuasa ketua kampong Kerajaan tajaan Persekutuan(yg sememangnya dikekalkan), satu lagi jawatan ketua kampong kerajaan pakatan .
Apakah akibatnya jika kedua jawatan ini disandang kuncu kuncu dan penyangak penyangak BN itu jika mereka menang? Ya, seluruh jentera PAKATAN di kampong kampong akan rosak kerana orang BN lah yg berkuasa melantik JKKK! Dan JKKK lama BN akan kekal.
Memang demokrasi membenarkan sesiapa saja bertanding, tetapi apa maknanya jika kuasa yg ada kita gadai kpd petualang negara? Seandainya perkara ini berlaku , mahukah kita KERAJAAN PAKATAN menerima hakikatnya?
Harap ketua ketua parti PAKATAN RAKYAT ambil perhatian , kerana adat bertanding puak BN ialah membujur lalu melintang patah
Assalamu'alaikum.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mahu bersama-sama rakyat menaiki kenderaan awam ke parlimen. Yalah, sebelum ini mungkin Yb-Yb kat Malaysia ini hanya tahu naik kenderaan besar-besar saja [Perdana kalau tidak pun]. Mungkin bila naik bas, sedikit sebanyak mereka akan tahu itulah juga pengalaman yang dirasai oleh rakyat.
Catat Ulasan