14 Mei 2008

UMNO kena terima hakikat kekalahannya.

Pilihanraya ke 12 telah berlalu sudah, apa yang dianggap sebagai tsunami politik telah menyebabkan kerajaan BN di negeri-negeri pantai barat termasuk Perak telah jatuh kepada kerajaan baru.


kekalahan ini memang sudah menjadi kebiasaan dan itulah hakikat suatu pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Pemimpin PAS, DAP dan PKR telah berulang kali menempuh pilihanraya, walaupun ada yang menganggap sebagai padang yang tidak rata, namun kita tetap berlapang dada dengan setiap kekalahan yang kita alami.


Sudah sekian lama DAP mengidam menawan Pulau Pinang dalam Projek Tanjung sejak tahun 1990 lagi namun pada 2008 baru sahaja berhasil.


Demikianlah di Perak PAS telah menang sejak piliharaya pertama pada tahun 1955 di Parlimen Kerian Laut, tetapi pada tahun ini sahaja berjaya menabalkan ahlinya menjadi Menteri Besar hasil kesepakatan dalam barisan Rakyat (BR).


Tidak kurang Kedah dan Selangor, sudah sekian lama PAS dan PKR merancang menawannya setiap kali Pilihanraya, namun sering gagal. Hasilnya kita terima setiap kekalahan dengan berlapang dada.


Lain pula jadi kepada pemimpin UMNO dan BN. Di Perak misalnya , bekas MB yang lalu dengan tanpa malu dan segan berkata sebagai dipetik dalam akhbat berita harian kelmarin seperti berikut.


"Umno Perak yakin memenangi semula semua kerusinya jika menghadapi pilihan raya kecil termasuk di kawasan yang calon parti itu kalah dengan majoriti yang rendah dalam pilihan raya umum lalu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata pilihan raya kecil akan membuktikan parti itu masih belum kehilangan sokongan. Katanya, beliau sendiri berani meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu untuk diadakan pilihan raya kecil untuk membuktikannya. "Saya boleh buktikan. Jika kepemimpinan atasan membenarkan dan jika Umno Grik menyokong, saya sanggup meletak jawatan sebagai Adun Pengkalan Hulu dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil. "Saya tak kisah jika orang lain dipilih sebagai calon. Kita akan membuktikan kita bukannya kehilangan kuasa. Kita tidak pernah hilang keyakinan orang ramai. "Bagi kawasan yang kita kalah dengan majoriti 70, 60 atau 14 undi, saya yakin jika ada pilihan raya, kerusi ini kembali kepada kita dengan beberapa ribu undi seperti pilihan raya 2004," katanya dalam ucapan semasa majlis kesyukuran kemenangan Umno di Parlimen Kuala Kangsar di sini, kelmarin"

Tiada ulasan: