14 Mei 2008

Jumlah Korban dalam Gempa Bumi di Sichuan meningkat kepada 11,921 orang

Perdana Menteri Wen Jiabao melawat kawasan bencana di Bandar Dujiangyan.

Setakat petang ini, seramai 111,921 orang terkorban manakala 500 ribu buah bangunan runtuh ekoran gempa bumi yang berlaku di Kaunti Wenchuan, Sichuan.

Presiden Hu Jintao mengarahkan mangsa-mangsa yang cedera diselamatkan dengan secepat mungkin. Dewan Negara China pula menubuhkan kumpulan penyelamat bencana yang diketuai oleh Perdana Menteri Wen Jiabao. Sekarang, Jiabao sedang membimbing pihak-pihak yang terlibat melakukan kerja mencari dan menyelamat di zon bencana Sichuan.

Sehingga pukul 6 pagi tadi, seramai 16,760 orang askar dan polis dikerahkan bagi menangani kerja penyelamatan. Ada 34 ribu orang askar lagi akan dihantar ke zon bencana. Selain itu, pasukan penyelamat juga telah tiba di zon tersebut untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
Sementara itu pelbagai tempat di China menyalurkan bantuan kepada zon bencana gempa di Sichuan.

Beijing menyumbang derma sebanyak 3 juta yuan RMB manakala Shanghai menubuhkan pasukan kesihatan untuk menyertai kerja-kerja menyelamat. Tianjin pula menghantar 200 orang polis khas ke zon bencana hari ini dan menyumbang barang bantuan bernilai 3 juta yuan RMB; sementara pasukan penyelamat Hainan sudah diterbangkan ke Sichuan.

Palang Merah Hong Kong menderma wang sebanyak 500 ribu yuan RMB kepada Sichuan malam semalam dan menghantar kakitangan untuk menilai kesan kemusnahan di wilayah itu.

Tiada ulasan: