14 Mei 2008

Perpaduan

“Orang Islam itu ialah orang yang orang Islam lain selamat dari lidah dan tangannya” (HR. Imam Bukhari).

Demikianlah jawaban Rasulullah SAW ketika ditanyakan oleh para sahabat tentang Islam yang utama. Jawaban Rasulullah itu menjadi ukuran bagi kita untuk mengukur keislaman diri sendiri hari ini. Ukuran ini penting mengingat selama ini telah terjadi berbagai hal yang telah merusak jati diri kita sebagai muslim.

Perpaduan umat Islam hari ini sudah tercalar di berbagai negara . Sebahagian umat Islam sudah tidak lagi saling menyelamatkan. Sebahagian umat Islam sudah saling berperang, saling membunuh, saling mendengki, saling mencaci, dan sebagainya.

Yang lebih menyedihkan, di antara hal yang merobekkan perpaduan umat itu telah terjadi juga di tempat-tempat pembinaan umat, seperti sekolah dan pusat pengajian. Di sebahagian sekolah dan pusat pengajian tumbuh benih-benih kedengkian antara orang yang disebut sebagai guru dan sebagainya. Kadangkala persoalannya yang kecil dan remen temeh, hanya karana perebutan pangkat dan jawatan.

Padahal mereka lebih patut dijadikan sebagai contoh teladan bagi kawasan perpaduan umat Islam. Bukan sebaliknya, dijadikan contoh kawasan perpecahan umat.

Kalau kampus sudah dijadikan tempat perpecahan umat, ada kekuatiran tentang gagalnya pihak kampus menjadi pewaris apa yang pernah disampaikan nabi. Siapa yang bertanggungjawab kalau hal ini terjadi?

3 ulasan:

MOHD ZUHDI MAT PIAH berkata...

assalamualaikum..

rasanya blum terlambat utk saya ucapkan tahniah kepada YB. diatas kepercayaan warga titi serong..dah lama saya nk ucapkan tahniah ini tp baru sekarang dapat blogspot YB..

MOHD ZUHDI BIN MAT PIAH
Al-Azhar University
www.azzuhdi.blogspot.com

Manali berkata...

assalamualaikom YB..

pada hari isnin 11hb yang lalu saya telah pergi kesebuah kedai di jalan perwira untuk menukar minyak hitam kereta saya.

Dibelakang kaunter kedai tersebut saya nampak sehelai kertas yang ditulis lebih kurang begini " pada 4.5.2008 jam 1.25 pm.Yb Idham Lim janji mau mari sekejap lagi tapi sampai hari ini tak nampak bayang ".

Jika ada kelapangan saya harap YB cuba jenguk apa masalah taukeh tu..

Terimakasih, wassalam.

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan maklumat manali.
cina tu ada tel saya, namun saya berjanji nak pergi lihat tapak projek gamuda hujung kedainya.tanpa ada janji nak kekedainya.