14 Mei 2008

Letak jawatanlah !

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata pilihan raya kecil akan membuktikan parti itu masih belum kehilangan sokongan. Katanya, beliau sendiri berani meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu untuk diadakan pilihan raya kecil untuk membuktikannya.

Cina Islam dengan penuh kesedaran meminta siampunya diri untuk meletakkan jawatan dengan segera untuk memberi laluan kepada suatu pilihanraya kecil.


Kita meminta bekas menteri besar perak itu sedar dan insaf dengan kenyataan yang dikeluarkan. Jangan sampai dengan sikap yang keterlaluan itu menyebabkan orang tidak akan menghormatinya.


Tersangat malang bila beliau mengatakan "kita akan membuktikan kita bukannya kehilangan kuasa. Kita tidak pernah hilang keyakinan orang ramai. " Alahai macamana kalau masih ada keyakinan orang ramai sedangkan BN dan UMNO telah kalah di Perak. Sedar atau tidak atau semuanya masih dilamun angan-angan dan mimpi dising hari.


Aduhai sekalian pemimpin UMNO Perak kamu sesungguhnya telah kalah dalam PR ke 12 yang lepas, jawablah bila ada yang bertanya kepadamu bahawa kamu telah kalah kepada Pakatan Rakyat. Insaflah bahawa kamu telah kehilangan kuasa.

3 ulasan:

hj sahri kg kedah berkata...

E leh ,hidung tak mancung pipi tersorong sorong, biar dia meraung dan melalak. Orang UMNO pun meluat dah kat dia nih, dah lama warisi dinasti . Kalau kita kaji sejarah Cina, kita pun tahu macam macam dinasti bertukar ganti. Jadi tunggu tengoklah sikit masa ja lagi, pasti dinasti baru akan muncul dan dia sedarlah tu hal ni, maka naik gabra nampaknya bila hilang takhta . Jadi cabar sana cabar sinilah ajak orang bersilat!Kot kot kekal jadi Ketua UMNO lagi . Mimpi disiang hari anak Ghazali jawi ni! Dengar kata masih pakai Polis pengiring! Hai kan BN buat slogan selamat dan aman! Atau slogan tu dia pun tak caya!

Juraimi Zainal berkata...

Semoga kerajaan negeri Perak yg baru lebih gigih dan telus dalam pemerintahan mereka... Insyallah.

hj sahri kg kedah berkata...

Minta pengendali web ini link kan dgn web harakah dan web UMNo dan lain lain agar web ini lebih popular. Tq