15 Mei 2008

Nik Aziz : Pas sedia terima Ibrahim Ali

KOTA BHARU 14 Mei - Pas bersedia menerima Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai parti itu sekiranya beliau mahu bersama-sama memperjuangkan Islam, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kalau dia boleh menerima (menyertai Pas), Alhamdulillah, kalau tidak apa boleh buat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dan dipecat daripada UMNO, menyatakan kemungkinan menyertai sesebuah parti bagi meneruskan perjuangan politiknya.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Ibrahim bertanding menggunakan tiket Pas dan menewaskan Ahmad Rosdi Mahamad daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,991 undi.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan membuat pelawaan rasmi kepada Ibrahim.

"Saya tidak suka mempelawa kerana saya suka memberi dakwah dan memberikan penerangan. Mempelawa itu tidak penting,” katanya.

3 ulasan:

rahsia berkata...

Ibrahim Ali ni menghina OKU, tu yang buat saya tak suka.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Lebih baik biarkan dia bebas.Dia boleh berjuang bersendirian.

Juraimi Zainal berkata...

Pada saya kita bykan doa agar lembutkan hati Ibrahim Ali agar ikut menegak syiar islam diM'sia.. Dia seorang yg pandai bercakap, cuma sepatut utk kebaik islam dinegara ini...