03 Mei 2008

Jika bayar sewa umno pun boleh guna – ADUN Titi Serong

PARIT BUNTAR, 30 April :- PAS tidak akan menghalang sesiapa sahaja yang ingin menggunakan dewan di bawah Majlis Daerah Kerian asalkan membayar sewa. PAS tidak akan mencontohi sikap umno semasa memerintah yang menghalang PAS dari menggunakan kemudahan di bawah Majlis Daerah Kerian dan kerajaan negeri. Demikian antara ucapan YB Drs Khalil Idham semasa menyampaikan ucapan aluan di Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar di sini.

“ Kita guna dewan hari ini pun bukan percuma, kita bayar sewa. Dulu kita nak bayar sewa pun tidak dibenarkan. Sekarang kalau umno nak guna, gunalah tetapi sewa kena bayar sama macam PAS “ Jelas ADUN Titi Serong itu.

Drs. Khalil juga mengambil kesempatan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pemuda Kawasan, UPU dan Cawangan yang berkerja keras dalam pilihanraya yang lalu sehingga PAS berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sdr. Khairulzami Muhammad yang ditemui memberitahu semasa BN memerintah, Majlis Daerah Kerian diarahkan oleh umno untuk tidak membenarkan aktiviti PAS di premis di bawah Majlis Daerah Kerian.

“ Macam-macam alasan diberi selalunya diberitahu sudah ada orang tempah tetapi pada masa program tiada sesiapa guna pun. Sebenarnya umno yang halang “ Jelas beliau.

sumber : http://paritbuntar.pas.org.my/

4 ulasan:

radens albanjari berkata...

salam yb idham - alhamdulillah dan tahniah atas penampilan baru blog yb. Didoakan agar bahan yang terbit dari blog yb akan lebih memberi manfaat demi perjuangan warga islam di parit buntar. Tahniah.

hidayahNurIMAN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Idham Lim (林川興) berkata...

waalaikumusalam,

amin.terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini.Insya ALLAH tidak lama lagi blog saya ini akan menyediakan sisipan dalam bahasa cina...

radens albanjari berkata...

alhamdulillah. Sisipan yang sangat berguna bagi menampilkan hebahan yang lebih luas kepada masyarakat cina khususnya tentang perjuangan pas @ barisan rakyat. Alhamdulillah juga kerana berusaha memberikan khutbah jumaat yang sangat bagus pengisian dari input ilmu untuk jamaah yang kebanyakannya bagus untuk telinga umno karat titi serong. Tahniah.