Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah dalaman UMNO semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih.Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO mencerminkan krisis parti itu kian meruncing.
''Bagaimanapun kita mesti mengelak daripada terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin rasuah," katanya dalam satu email nya.
Dr. Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta semalam.Beliau bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Jika tindakan Dr. Mahadhir adalah mewakili gambaran tidak puas hati sebahagian besar rakyat Malaysia bererti UMNO akan mengalami zaman paling suram dalam tempoh masa akan datang.
1 ulasan:
Tanda mudah bahwa UMNO dan kerajaan BN punca segala ibu rasuah dan salahguna kuasa dan pembohong serta munafik!
1. Mana isu ketuanan Melayu yg kalut dicanang dlm akhbar minggu lalu, konon bila ada dari kami sokong pakatan rakyat, maka Melayu hilang ketuanan? La ni penyangak penyangak UMNO bergaduh sakan berebut jawatan PM . Perpaduan Melayu tak pecah ke wahai pengelola UMNO? (tak layak dipanggil pemimpin) . "Tuan tuan besar" UMNO la ni dah persetaankan ketuanan Melayu ke asalkan kekal kuasa peribadi dan kroni dan anak anak untuk dimakan tak habis tujuh keturunan?
Berebut jawatan, bercakaran sesama Melayu, macam binatang! Bagai anjing dgn kucing! Tu pun nak tipu orang Melayu lain (saloran satu dan sekutunya ) konon perpaduan Melayu diutamakan, ketuanan Melayu nak dijaga. Nak jaga Melayu ka nak jaga "harta karun untuk tujuh keturunan anak pinak "penyangak UMNO "?
Nak contoh lagi sebagai bukti kerajaan UMNO/BN penipu? Ini ada cerita berlaku di sebuah daerah yg kaya dgn tanah kerajaan di Perak.
Ketika menjelang krisis antara penyangak penyangak UMNO /Melayu hampir tercetus dalam tahun menjelang reformasi, sebuah sykt ternama , pastinya kroni penyangak UMNO telah sempat "merampas "tanah milik peneroka peneroka "haram" seluas ribu ribu ekar! Dan paling tidak bermaruah bilamana tanah yg dirampas secara silap mata (dgn alasan mata silap)itu , termasuk juga tanah yg dah ada hak milik tetap .
Tindakan diatas nyata amat kotor! Siapa dalangnya kalau bukan kroni UMNO , kalau bukan Kerajaan BN, kalau bukan si .....
Contoh cara kotor diatas ialah begini.Anda pergi ukur tanah milik jiran , tanpa berunding dgn pejabat tanah dan sesiapa pun, kemudian pergi pejabat tanah , claim itu tanah anda dan pejabat tanah pun dgn "senang lenangnya " menganugerahkan tanah milik harta orang lain (yg dah ada geran sah ) itu kpd anda !
Soalnya buta benarkah mata pihak pihak berkenaan hinggakan harta milik orang yg sah pun boleh direbut dan diberi kpd sykt kroni UMNO? Tak mungkin semudah itu, tak mungkin mata silap, tetapi ia mungkin silap mata! Ini bukan tuduhan, tetapi ini fakta.
cukuplah hariu ini....banyak lagi..
Catat Ulasan