KUALA LUMPUR, 19 Jun :- Tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan diputuskan selepas mendengar penjelasan daripada Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, demikian keputusan yang dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), petang ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mengutuk dengan keras tindakan Teck Lee, kelmarin. BN juga mengarahkan semua Ahli Parlimen hadir pada sidang Parlimen, bermula Isnin ini.
Pemimpin dari 12 komponen BN itu juga sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata kenyataan Dewan Tertinggi BN yang dibacakan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mesyuarat lebih tiga jam di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Badan tertinggi BN itu belum memutuskan bentuk tindakan kepada Datuk Yong dan menangguhkan keputusan yang akan diambil terhadap SAPP sehingga Majlis Tertinggi parti itu mengesahkan atau menafikan kesahihan kenyataan Yong yang dibuatnya semalam.
Senario ini merupakan keadaan yang berlainan dari kenyataan keras sebelum mesyuarat resmi diadakan pada hari ini.
2 ulasan:
salam.........
tindakan BN itu hanya la untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum menajatuhkan sebarang hukum. jadi soal kutuk terhadap tindakan itu adalah hak majlis tertinggin BN. jadi dalam soal ini biarlah mereka dengan keputusan mereka dan YB dengan tugas sebagai ADUN yang perlu memikul tanggungjawab menjaga kawasan dan kepentingan orang ramai. jangan terlalu mengambil hal orang lain serta menampakkan kelemahan orang lain jika kelemahan diri sendiri kita sembunyikan.
sekian....
kita sama-sama tunggu dan lihat...
Catat Ulasan