20 Jun 2008

Drs. Khalil : Bas telah tukar driver !

SELAMA, 19 Jun :- Kemenangan Kerajaan pakatan Rakyat yang menjadi teraju Kerajaan Negeri Perak sekarang ini diibaratkan sebagai bas yang hanya bertukar driver. Mahu atau tidak rakyat atau penumpang hendaklah menaiki bas tersebut dan tidak mungkin ada yang hendak berjalan kaki. Demikianlah antara isi ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam Program Penyampaian Bantuan kepada warga miskin tegar Daerah selama petang tadi.

ADUN Titi Serong itu mewakili Exco Agama, YB. Hj. Zainuddin mohd. Yusof yang tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

YB. Hj. Roslan Sharom sedang menyampaikan bantuan

Katanya kerajaan terdapat 4 unsur yang utama iaitu tanahair, kedaulatan, pemimpin dan undang-undang. Unsur petama dan kedua mustahil dapat dirubah namun unsur pemimpin dan undang-undang adalah bergantung kepada rakyat 5 tahun sekali untuk memilih. Perubahan inilah yang berlaku di Perak.



Drs. Khalil menyampaikan bantuan.

Hadir sama dalam program yang diadakan di perkarangan mesjid Selama itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB. Hj. Roslan Sharom, Bekas calon PAS DUN Kubu Gajah, Sdr. Mohd.Nazri Din dan Bekas Calon DUN Selama Hj. Abu Hussin Muhammad, manakala Pegawai Daerah diwakili oleh Hj. M. Yusof, Ketua penolong Pegawai Daerah Selama.



ADUN Titi Serong mewakili Exco Agama sedang berucap.

Pada kesempatan itu sebanyak 112 orang miskin tegar telah mendapat sumbangan berupa 30 kilo beras, 5 kilo gula dan 2 kilo minyak masak serta wang tunai RM 100.



Drs. Khalil dan Isteri bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang di pentas utama.

Tiada ulasan: