“Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku, dia akan melihat banyak perselisihan, wajib kalian berpegang pada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku.” (HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Dzahabi dan Hakim).
Nabi Muhammad SAW dikenal sebagai insanyang sangat bijaksana. Sebagaimana diketahui, pernah terjadi suatu hari, sejumlah qabilah sedang berselisih faham tentang siapa yang layak mengangkat Hajar Aswad ke tempatnya semula. Setiap qabilah bertegas agar qabilahnya lah yang mengangkatnya, sebab itu merupakan suatu keistimewaan bagi qabilahnya. Itulah yang diperselisihkan dengan sengit sampai-sampai mereka sanggup berperang kerana itu..
Akhirnya antara qabilah itu membuat suatu persetujuan. Siapa yang pertama masuk melalui pintu Bani Syaibah maka dialah yang berhak meletakkannya. Ternyata yang pertama masuk adalah Rasulullah SAW. Dengan demikian, kalau merujuk pada perjanjian tersebut, beliau lah yang berhak melakukannya. Namun Nabi SAW sangat bijak dalam hal ini. Hajar Aswad tersebut diletakkan pada sepotong kain, disuruh oleh baginda kepada wakil setiap kabilah yang sedang bertengkar tersebut memegang hujung kain. Setelah itu, dibawalah Hajar Aswad tersebut ke tempat asalnya secara bersama-sama. Dengan demikian, semua pihak berpuas hati dengan kebijakan Nabi SAW.
Hari ini, perselisihan banyak terjadi di antara kita. Namun kadangkala kita melupakan cara yang wajar dan bijaksana yang pernah dilakukan baginda Rasul. Padahal kita mengaku sebagai pengikutnya. Beliaulah sepatutnya menjadi idola dan panduan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga, masyarakat dan negara.
Nabi telah meninggalkan Al Quran, Sunnah serta pewarisnya iaitu para ulama adalah peningglan baginda yang tetap menjadi penyuluh kepada kehidupan manusia. Terpulanglah kepada manusia ingin memilihnya atau meninggalkannya. Beruntunglah yang mengambilnya, rugilahlah yang meninggalkannya.
Timbul pertanyaan, Dalam hal kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut, siapakah yang kita ambil dan ikuti pendapat mereka ?
4 ulasan:
Ujian,
setiap manusia telah diujikan oleh Allah, ujian boleh menyebabkan kita mengikut hati
melupakan diri dan kemenangan menyebabkan kita bermegah-megah diri, supaya menjatuhkan diri kalau iman tak teguh.
Baru-baru ni Allah telah menghantarkan seorang manusia untuk bertekak mulut dengan kita dalam chatbox blog YB ini, sebab ini salah satu ujian dari Allah untuk kita.
Kita lihat pemikiran manusia telah dihasutkan oleh syaitan menyebabkan manusia mengeluarkan perkataan2
tidak diingini oleh semua pihak dalam blog YB dan saya lihat setiap perkataan didalam blog ni adalah
hasutan syaitan memperalatkan fikiran manusia semata-matanya, sampai sendiri pun tidak sedar,
dan syaitanlah membawa saudara seislam kita bertekak mulut diantara satu sama lain, maknanya
islam tekak mulut dengan islam untuk memecah belah, benci saling membenci diantara satu sama lain
sesama saudara dalam islam, sebenarnya kita sesama saudara dalam islam kenalah bergabung jadi satu saling bantu membantu dan beri sumber maklumat yang berfaedahnya termasuk mendakwah kepada yang bukan islam.
Kalau benci cemburu irihati sombong telah melekat dalam hati kita, sampai kita tidak sedarkan benda tu ada dalam hati,
terjatuh pada hari tu adalah hari suci jumaat, bolehkah bawa masuk keempat-empat benda itu ke dalam masjid dan kalau kita bersolat jumaat keempat-empat benda tu masih ada dalam hati kita tanpa pengetahuan kita belum dihapuskan adakah solat itu diterima oleh Allah (bukan hanya terkentut solat kita dibatalkan sahaja), ataupun solat sembahyang kita tidak sah ataupun solat dibatalkan bukan hanya hari suci hari jumaat sahaja setiap hari 5 waktu solat fardhu tu.
Jadi fikir-fikirkanlah dan bertaubatlah apa yang kita lakukan.
di atas tu kalau terguris hati semua pihak saya minta maaf sahajalah kalau nak marah pun saya tetap terima kemarahan anda semua, sebab semua ini telah ditakdirkan sebab diaturkan oleh Allah dan Allah telah rekod dalam buku kehidupan sejak sebelum lahir keluar dalam dunia ini dan semua pun sudah siap merancang oleh Allah. Serah sahaja kepada
Allah.
Tazkirah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara." (surah Al-Hujurat: 10)
Keimanan sejati hanya akan wujud dengan adanya tali persaudaraan yang sebenar dan persaudaraan murni tidak akan bermakna jika seseorang muslim tidak pernah mau ikut merasai kesedihan dan penderitaan saudaranya.
Rasa cinta dan belas kasihan di antara mereka ini membuahkan sikap saling bantu-membantu, tolong-menolong dan bergotong-royong dalam apa juapun tugas-tugas dan kewajipan yang dibebankan ke ats mereka, apatah lagi dalam keadaan susah dan penderitaan yang menimpa saudara2 mereka.
firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"...dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang berpecah belah dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (surah Ar-Rum: 30 - 31)
Berpecah belah (Tafarruq) adalah sifat kaum musyrikin. Kemusyrikan adalah watak semulajadi kaum yang kufur kepada Allah.
Manakala setiap hizb(golongan) pasti bangga dengan golongannya sendiri. Sifat ini merupakan virus yang menghancurkan suatu jama'ah, kerana ia mencerminkan sifat riak.
Jama'atul muslimin hakikatnya adalah wihdatul ummah. Ia merupakan batu asas bagi tegaknya bangunan khulafah.
Jama'ah yang dengannya umat Islam bersatu tenaga untuk melaksanakan syariat Allah, merupakan realiti sejarah yang pernah dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)."
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
salam..
semoga YB sihat dan dapat menjalankn tugas dgn baik
terima ksih dengan kupasan kurma yang panjang
alhamdulillah sihat
Catat Ulasan