PARIT BUNTAR, 12 Jun :- Kerajaan Negeri Perak perihatin dengan keadaan kemiskinan rakyat dengan berusaha memberi bantuan kepada rakyat melalui agensinya. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan bantuan kepada fakir miskin anjuran Baitulmal Daerah Parit Buntar disini hari ini.
ADUN Titi Serong itu juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mula menyerahkan bantuan kepada golongan miskin tegar yang ada di Perak berjumlah 5000 orang seperti yang dijanjikan. Bantuan itu berupa wang tunai RM 100, beras 30 kilo, gula 5 kilo dan minyak masak 2 kilo setiap seorang. YAB. Menteri Besar perak telah menyerahkan kepada 129 orang penerima di Daerah Larut Matang dan Selama pada 6 Jun lepas.
Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Kuala Kurau, YB. Abdul Yunus Jamhari , Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar, Ust Mohd.Saufi bin Ibrahim dan penceramah jemputan dari Pejabat Baitulmal Negeri, Ust. Latiff bin Talib.
Drs. Khalil menegaskan kepada semua penerima zakat supaya berjimat dengan suasana ekonomi yang gawat sekarang. Beliau menyatakan kenaikan harga minyak dengan kadar yang tinggi menyebabkan semua harga barang naik. Sambil menyamakan seperti menjolok sarang tebuan menyebabkan semua jadi susah dan kena sengatan.
Beliau berharap kepada semua penerima memanfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin. "Berusahalah untuk keluar dari kelompok fakir dan miskin dengan melakukan berbagai usaha yang boleh meningkat ekonomi" katanya sambil memberi nasihat.
Beliau berharap kepada semua penerima memanfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin. "Berusahalah untuk keluar dari kelompok fakir dan miskin dengan melakukan berbagai usaha yang boleh meningkat ekonomi" katanya sambil memberi nasihat.
Sambil memberi keyakinan bahawa yang terpilih adalah yang benar-benar layak dan melalui proses pemilihan yang dilakukan oleh pihak Baitulmal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan