21 Ogos 2008

Bantahan kepada konspirasi BN : Ayuh turun ke Mahkamah Ipoh

Saya menyeru kepada semua penduduk Malaysia yang perihatin supaya turun beramai-ramai ke Mahkamah Seksyen Ipoh pada jam 9.00 pagi dan mahkamah Tinggi Ipoh pada jam 2.30 petang sebagai tanda bantahan sekaligus berdiri teguh dibelakang Kerajaan pakatan Rakyat Perak.


Dalam kenyataan bersama selepas bermesyuarat pada petang kelmarin, Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan wakil-wakil parti yang hadir bersetuju untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan kepada 2 exco dan mereka yang lain yang dikaitkan dengan rasuah.

Penafian bahawa tiadanya projek bernilai RM 180 juta dan penagkapan kepada salah seorang exco oleh pihak BPR adalah suatu pakatan jahat dan konspirasi yang semacam dirancang sedemikian di Restoran Keluang Ipoh.

Tertuduh dipaksa membuka beg yang diletakkan di atas meja oleh individu yang tidak dikenali dan juga pejabat mereka disahkan telah digeledah tanpa ada surat waran dan diwakili peguam yang terang-terang menyalahi undang-undang.

Unsur perangkap jelas sebagaimana penjelasan yang diberikan oleh saksi-saksi dan individu yang berada di tempat kejadian. Salah sorang pegawai exco yang terlibat yakin kita dpt bebaskan yang tertuduh pada 3.00 petang ini. Semua tertuduh telah beri kerjasama yang baik kepada BPR. . Yakinlah ini satu tindakan UMNO dan BN disamping isu PR kecil Permatang Pauh.

1 ulasan:

Hebatnyer Melayu berkata...

salam...
belum dijatuhkan hukuman sudah dikatakan konspirasi.. bagaimana YB hendak menjadi contoh dan teladan kepada orang lain. biar mahkamah tentukan siapa yang bersalah dalam hal ini kenapa hendak menegakkan benang yang basah kalau tidak boleh ditegakkan. jadilah contoh yang baik dalam isu rasuah sesuai dengan slaogan pakatan rakyat yang menolak rasuah dalam pengurussn negeri.

sekian...