IPOH , 20 Ogos :-Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.
Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.
"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.
"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.
Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan."Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.
Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelum kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.
"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.
Saya menerima panggilan dari teman-teman dari seluruh Malaysia yang terkejut dengan berita tersebut. Setengahnya mempersoaalkan tindakan yang sangat cepat diambil oleh BPR dalam kes ini sedangkan begitu banyak kes yang dilaporkan tidak diambil tindakan sewajarnya.
Katanya "sangat aneh orang yang melarikan duit jutaan ringgit keluar negara tidak pernah disiasat dari mana datangnya duit itu sehingga sekarang oleh BPR dan lucunya telah dilantik menjadi menteri penuh baru-baru ini".
sumber asal : malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan