Seperti yang saya jangkakan dan bercakap dengan teman seperjuangan di mahkamah Seksyen Ipoh kelmarin, teryata ianya satu kenyataan. Berita mengenai 2 Exco Perak yang baru dituduh di sini telah menjadi hiasan muka depan 2 akhbar yang menjadi kegemaran orang Melayu membacanya.
Dimuka hadapan Berita Harian walaupun tidak memuatkan gambar namun meletakan tajuk "dua Exco PKR didakwa" sebagai tajuk utama.
Lihat pula Utusan Malaysia yang memuatkan gambar besar tertuduh .
Saya mengikuti prosiding pertuduhan sehingga selesai mereka membayar ikat jamin dan kami bersurai dengan menaiki kereta masing-masing kelmarin.
Namun seingat saya tidak adapun disebutkan mengenai nilai wang RM 180 juta yang diberitakan oleh 2 akhbar ini, yang kedengaran cuma projek perumahan seluas 90 ekar saja.
Inilah kerja "purat belit" akhbar berkenaan yang saya sudah jangka mereka akan jadikan isu ini sebagai "peluru" akhir mereka bagi meraih undi bagi pilihanraya Permatang Pauh.
Bayangkan juga betapa banyak kes yang tertunggak dan tidak diendahkan oleh BPR walaupun buktinya sangat kuat dan sangat cukup untuk didakwa dimahkamah namun ianya "dipeti aiskan" dan jadi beku sampai sekarang. Zaman TDM dan Pak Lah sama saja.
Paling mendukacitakan ada yang melarikan duit keluar negara sampai jutaan ringgit, sampai sekarang tidak disiasat dari mana wang itu diambil. Malahan individu terbabti telahpun diangkat menjadi Menteri penuh dalam susunan Menteri Kabinet Malaysia.
Yang sudah pencen lagilah banyak, ini lah nasib rakyat Malaysia yang masih dijajah oleh bangsanya dengan pemberitaan yang berada ditahap yang saya anggap memperbodohkan bangsanya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan