IPOH : Dua Exco Perak hari ini menfailkan saman malu terhadap akhbar The Star, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar dan Ibu Pejabat BPR Putrajaya berikutan menyiarkan kenyataan akhbar mengenai tuduhan rasuah yang mengaitkan mereka.
Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO Perak, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan, Jamaluddin Mohd Radzi, tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, jam 8.30 pagi ini untuk menfailkan saman berkenaan. Saman terhadap The Star ialah bagi menuntut ganti rugi am pada jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Saman terhadap pihak tersebut membabitkan nilai RM100 juta.
Dalam tuntutan itu mereka mendakwa dalam kenyataan akhbar itu antara lain menyatakan beg dengan wang tunai RM100,000 sebagai habuan berhubung kelulusan projek perumahan di Sri Iskandar adalah milik Osman dan tangkapan terhadapnya dilakukan di sebuah hotel.
Saman berkenaan difailkan oleh Mohamed Asri Othman yang mengetahui lapan panel peguam bagi kedua-dua Exco berkenaan.
Sementara itu, lebih 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Ipoh, sejak 8 pagi ini bagi memberi sokongan terhadap pemimpin mereka itu.
Hadir sama ialah dikalangan Exco Kerajaan Perak dan ADUN Pakatan Rakyat bersama pimpinan parti masing-masing bagi memberikan sokongan kepada mangsa yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai suatu konspirasi politik kotor BN dan UMNO.
Kelmarin satu berita yang boleh dipercayai yang mengatakan seramai 30 orang pegawai BPR dari Putrajaya berkampung disebuah hotel terkemuka di sini. Kedatangan mereka dengan jumlah yang begitu ramai amatlah diragui dan menimbul tandatanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan