06 Ogos 2008

Fatwa: Tidak boleh buat pinjaman bank tunai Haji

KUALA LUMPUR, 5 July :- Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak membuat pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan jika berhasrat untuk menunaikan ibadah haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mengikut keputusan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, seseorang yang difardhukan menunaikan haji mesti memenuhi beberapa syarat, terutama berkemampuan dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan mesti berkelapangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menjadi panel perbincangan pada persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.


Ahmad Zahid berkata, oleh kerana faktor kemampuan tertakluk kepada sumber kewangan, maka tidak fardu dan tidak wajib bagi seseorang itu jika tidak mempunyai sumber kewangan untuk menunaikan haji.


“Fatwa telah menentukan tidak ada pinjaman diberikan kepada orang yang hendak menunaikan haji, tidak ada. “Jadi kalau ada di kalangan ulama atau mana-mana ahli politik yang menyatakan bahawa bank atau institusi kewangan harus memberi pinjaman (untuk maksud menunaikan haji) maka ia bercanggah dengan hukum-hakam Islam sendiri. Seseorang itu mesti cukup sumber kewangan,” katanya.


Katanya jika hendak dibandingkan dengan negara lain, mereka mungkin mengikut mazhab lain. “Kita mengikut Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Waljamaah. Kalau tak mampu, tak payah pergi. Kalau ada orang taja, itu dah mampu, tak payah pinjam,” katanya. Ahmad Zahid berkata, pinjaman hanya boleh dilakukan untuk umat Islam yang ingin menunaikan umrah.

1 ulasan:

hj sahri kg kedah berkata...

Ini soalan dari saya orang jahil lagi tak laku pada pandangan orang PAS!Kpd AJK PAS Parit buntar yg semuanya a'lim!Di Indonesia ada tak fatwa yg mana orang Islam boleh pinjam duit dari bank dll sumber untuk ke Mekah buat Haji? Kalau ada tolong nyatakan, kalau tiada sila jelaskan. Koperasi ABIM dgn kerjasama Takaful ada sediakan pinjaman untuk tunaikan haji? Jadi nak tanya Ustaz AJK PAS Parit Buntarlah saperti YDP ka, AJK ka atau mana mana "Aktivis" yg aktiflah kat PAS P Buntar tu. harap bantulah kami yg jahil ni.Tak reti, sebab tak tau baca dan tak mengaji . kamsia