KUALA LUMPUR, 5 Ogos :-Datuk Seri Najib Razak mewakili Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) kali ke 54 di KLCC disini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung CPA, Dr William F Shija; Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Peserta Malaysia terdiri dari Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Pengerusi CPA sekarang, yang juga Speaker Dewan Perundangan Bengal Barat, Hashim Abdul Halim, akan tamat tempoh memegang jawatan terbabit tahun ini selepas memegangnya selama tiga tahun.
Persidangan kali ini akan menyaksikan calon pilihan kerajaan untuk jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, bakal dicabar anggota House Of Lords Britain, Lord Paul of Marylebone.
Mengulas peluang dalam petandingan dua penjuru itu, Datuk Seri Najib Razak percaya calon pilihan kerajaan jelasnya "Insya-Allah, kita akan dapat sokongan yang baik," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Parlimen Komanwel Ke-54, di sini hari ini.
Pengundian bagi jawatan pengerusi baru CPA akan diadakan Sabtu ini. Mengulas mengenai persidangan CPA kali ini, Najib berkata beliau berharap forum itu dapat mengupas, membincangkan dan mungkin membuat beberapa kesimpulan atau usul mengenai masalah yang dihadapi di serata dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan