IPOH, 21 Ogos :-Mahkamah Tinggi Ipoh telah memendekkan perintah reman ke atas 5 orang yang ditahan daripada tiga kepada dua hari. Perintah reman ke atas lima orang berkenaan hanya berakhir esok, tetapi mereka dibebaskan sebagai mana yang diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman yang dibacanya pada jam 5.30 petang hari ini.
Hujan yang turun tidak menghalang penyokong dan wartawan menunggu dari awal.
Kapten Husaili dibebaskan sekitar jam 6.20 petang dan Yb. Osman dibebaskan pada jam 7.00 malam di pejabat BPR Ipoh dengan sorakan dan laungan reformasi dari hampir 100 orang penyokong yang menunggu sejak awal . Sebelum itu bandaraya Ipoh disirami dengan hujan lebat sejak jam 3 petang.
Hadir sama menunggu sehingga mereka dilepaskan ialah Exco Kerajaan Perak, Hj. Zainuddin Yusof dan En. Thomas Su, dan ADUN , Drs. Khalil Idham Lim dan Hj. Hussin Din. Kelihatan sama Pengerusi PKR Perak, Hj. Ismail dan Setiausaha Akhbar MB Perak, Anuar Hashim.
Yb. Osman dibebaskan.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan oleh lapan peguam yang mewakili lima suspek itu untuk penyemakan semula perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret semalam.
Ridwan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat tempoh dua hari sudah mencukupi bagi BPR menjalankan siasatan.
Pengerusi PKR Perak dan Kapten Husaili yang dibebaskan.
Beliau juga berkata tidak ada kesilapan dalam keputusan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari itu dan ia dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Mereka yang berusia antara 45 dan 57 tahun, ditahan semalam yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai suatu konspirasi yang terancang oleh pihak tertentu. Lihat :http://www.perisik-rakyat.com/ danhttp://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14760
Selain Jamaluddin, seorang lagi exco kerajaan negeri yang turut ditahan ialah Mohd Osman Mohd Jailu .Jamaluddin adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Behrang dan bertanggungjawab terhadap portfolio pembangunan usahawan, pertanian dan perusahaan.
Manakala Osman pula adalah Adun Changkat Jering, dan mempengerusikan portfolio pelancongan, modal insan dan NGO.
Kapten Husaili adalah bekas Adun PKR DUN Bota pada tahun 1999 juga antara enam orang yang ditahan oleh BPR berhubung kes tersebut.
1 ulasan:
Assalamualaikum YB,
Singgah blog YB dari blog YB Zul.
Dari jauh saya doakan Malaysia kita terus makmur dan diperintah oleh pemimpin yang takutkan tuhan.
Salam,
Din
Manchester
Catat Ulasan