BEIJING, 8 Ogos :-Media asing satu persatu memuji upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung semalam.
Stesen TV Negara Pakistan melaporkan bahawa Sarang Burung merupakan arena sukan terbaik di dunia. Upacara yang memaparkan unsur budaya tradisional dan sejarah China selama ribuan tahun tersebut telah menarik perhatian 4 bilion orang penonton dari seluruh dunia. Ini akan mencipta rekod baru dalam sejarah.
Syarikat Penyiaran Republik Korea memuji tema Sukan Olimpik "One World One Dream" yang membawa konsep "Olimpik Hijau, Olimpik Berteknologi Tinggi dan Olimpik Kemanusiaan" itu, dan menyatakan bahawa persembahan pada upacara tersebut berjaya menggabungkan unsur-unsur tamadun purba Timur yang cukup menakjubkan.
Beberapa buah badan media Turki pula membuat liputan yang meluas tentang upacara itu dan menghargainya sebagai suatu "temasya visual".
Media Swiss memberikan pandangan bahawa upacara itu cukup berdaya cipta dan berjaya mempamerkan tamadun bangsa China yang gemilang yang bersejarah 5,000 tahun kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan seni, seperti nyanyian, tarian, pencahayaan dan bunga api.
Akhbar Daily Nation Kenya pula dalam rencananya menyatakan bahawa ekoran Sukan Olimpik ini, dunia semakin memberikan perhatian kepada China dan pembangunan China menjadi semakin pesat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan