11 Ogos 2008

Pas gerak jentera di Permatang Pauh

PULAU PINANG, 10 Ogos :- Pas sudah mengarahkan seluruh jenteranya untuk membantu Pakatan Rakyat bagi memastikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sokongan itu adalah selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita beri kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang membantu bagi memastikan kerusi tersebut terus kekal milik Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Pas Pulau Pinang di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 16 Ogos, manakala pengundian 26 Ogos. Ditanya kekuatan jentera Pas yang akan membantu pada pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata ia terpulang kepada keperluan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional (BN). katanya,

Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat (JPRPP) akan menghantar seberapa ramai jentera Pas yang diperlukan bagi membantu pakatan pembangkang di Permatang Pauh.

“Kita akan selaraskan dengan PKR, PAS sebagai tetamu dan PKR akan mengepalai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, berapa mereka minta kita akan hantar. “Kita akan tahu berapa ramai jentera selepas Pas Pulau Pinang mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat, petang ini,” katanya.

Tiada ulasan: