BATU GAJAH : Sebagai merealisasikan kerja-kerja mengurus rakyat di kawasan DUN Tronoh, ADUN kawasan tersebut yang juga merupakan Speaker Kerajaan Negeri Perak, V. Sivakumar telah membuka pejabat Pusat Khidmat ADUN Tronoh di Taman Saujana disini hari ini.
Kibaran bendera sempena menyambut hari kemerdekaan.
Majlis perasmian pejabat tersebut telah disempurnakan oleh Exco Kanan Kerajaan Perak, Dato' Ngeh Koo Ham. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Perak, YB.Nga Kor Ming, YB.Chen Fook Chye,YB.Su Keong Siong,Timbalan Speaker YB. Hee Yet Fong,manakala ADUN yang hadir ialah YB.Sum Cheok Leng,YB.Puan Lim Pek Har, YB.Haji Mohd Anuar bin Sudin,YB. Drs. Khalil Idham Lim.
Semua Exco dan ADUN memotong riben merasmikan Pusat Khidmat ADUN Tronoh.
Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan ucapan perasmian.
3 ulasan:
"dirasmikan"
resmi mempunyai maksud lain iaitu gaya atau cara
terima kasih...
Moga pakatan bertambah berkat dengan kerjasama dan muafakat.
saya tengok tronoh tu ada potensi jadi pusat Sukan Air... Malaysia dah jadi Johan Formula Future... Perak boleh rekrut peserta di Tronoh nih..
Catat Ulasan