30 Julai 2009

Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Julai : - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'. Iklan

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Demikian seperti yang diumumkan melalui Harakahdaily hari ini.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu , Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu. Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, Zon 2 di Sungai Siput, Zon 3 di Lumut dan di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim .

Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jemput lah Zambry Gandela, jangan lupa perompak yang tak malu tu.

pis berkata...

selagi PAS mengharap pertolongan daripada DAP - yakni musuh Islam, bagi menjatuhkan orang Islam sendiri, maka PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya. Hujah saya adalah beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."

Tanpa Nama berkata...

saya terpanggil untuk memberi komen mengenai Adun Batang Kali yang terpaksa menjual durian disebabkan elaun sebagai adun telang disekat desebabkan digantung tugas oleh speaker.
Harap Adun terbabit dapat turut memberi komen mengenai tahanan ISA yang terpaksa meninggalkan anak isteri mencari rezeki sendirian..mohd_puzi @ machang bubok

Tanpa Nama berkata...

Salam
Sempena program Bubar DUN Perak, Dewan Pemuda PAS kaw Lumut ada menjual T-shirt hitam bubar DUN Perak yg berharga RM15. Keuntungan dari penjualan t-shirt itu akan dimasukkan ke dlm tabung Pemuda PAS kawasan Lumut utk membiayai program2 pemuda.Kepada sesiapa yg berminat boleh menjenguk ke blog dppklumut.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu Islam tak payahlah nak berhimpun lebih baik cari makan dengan berniaga..bagi makan anak bini lagi berfaedah..dirahmati Tuhan dan dapat rezeki halal..kalau berhimpun nak bubar DUN ditegah dan hanya tolong seorang dua manusia yang tak dapat menerima qada dan qadar Allh..nama sahaja Islam tapi Islam yang macamana...nauzubillah..kepada tanpa nama 7.08 kenapa nak bela tahanan ISA...orang buat salah pastinya terima balasan dari Allah..dah termaktub ..kalau tak ada ISA..tanpa nama 7.08 belum tentu lagi dapat menjawab blog ini..insaflah umat Melayu Islam..jangan dipengaruhi oleh insan-insan yang berhati batu..Allah mungkin dah tutup mata hati mereka ini..

Tanpa Nama berkata...

nak komen kepada tanpa bernama 7/29/2009 8:42 AM .. kalau tak faham apa erti qadha dan qadar Allah g lah jumpa ustaz2 dulu .. jgn duk pandai2 nak cakap tentang takdir kalau ilmu belum penuh di dada..

Tanpa Nama berkata...

Masyaallah...buta sungguh matahati anda dan sangat rendah martabat dan maruah anda yang membuat komen diatas ini. Kalau nak bodek kerajaan pun jangan lah terlampau sangat... ISA tak kena keatas batang tubuh anda,sekiranya anda yang menjadi mangsa barulah anda akan tahu akan azab atau nikmatnya ISA itu. Udah lah jangan terlalu membodek.....

Unknown berkata...

Nampaknya nk bubar DUN lagi..sedangkan HAK bubar DUN,hak sultan...apa lagi nak bising..hak rakyat,mengundi nanti..aku dulu undi PAKATAN..sekarang,mintak maaflah...dah sedar..pakatan takde keje lain,berbaring di jalan,politik sana sini..sedarlah pendokong perjuangan ISLAM..sosialis itu terkeluar dari ISLAM...lihatlah fahaman sosialis yang mendominasi PAKATAN..PKR dan DAP....

cakcebor berkata...

Zambry tak payah pakai baju hitam sebab dia dah sedia hitam.