30 Julai 2009

Manusia mudah lupa...

Oleh : mohd naim mohd zain

Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.

Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery. co.uk.

Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu.

Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.

Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.

"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.

Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.

ANTARA YANG PALING DILUPA

Membiarkan secawan teh sehingga sejuk

Di mana anda letakkan kunci

Untuk apa anda ke kedai

Pakaian basah di dalam mesin basuh

Mengecas telefon bimbit / iPod

Di mana anda letakkan kenderaan

Menyiram pokok bunga

Umur sendiri

Membeli susu

Mengunci kereta

Di mana anda letakkan dompet

Tiada ulasan: