SHAH ALAM, 29 Julai (Hrkh) - Timbalan Pengerusi kelab penyokong kerajaan Ahli Dewan Negeri Selangor (BBC) yang juga merupakan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Osman menegaskan peruntukkan Adun adalah hak mereka dan perkara ini tidak perlu siasatan lagi.
Menurutnya yang meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kajian semula mengenai peruntukan kepada Adun-adun sebenarnya adalah hak mereka untuk membelanjakan bagi faedah kehidupan rakyat dengan cara yang betul.
"Peruntukkan RM500,000 kepada setiap Adun memang ada dan peruntukan ini bukan berada di bawah meja Adun, tetapi diletakkan di pejabat daerah.
"Mana mungkin pihak pejabat daerah nak keluarkan peruntukan melainkan ada perjanjian hitam putih yang boleh menyakinkan mereka," katanya dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Annex, di sini, semalam.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah 10 orang Adun antaranya, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; Adun Hulu Kelang, Shari Sungib dan Adun Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.
Tambah beliau, ada juga Adun yang tidak memdapat peruntukkan ini atas beberapa-beberapa sebab yang menghalang peruntukkan disalurkan.
"Peruntukkan ini hanya disalurkan selepas sesuatu acara program dilaksanakan baru peruntukan ini dikeluarkan, tidak kira program apa.
"Jadi sepatutnya perkara ini tidak perlu diperincikan kerana itulah juga jawapan yang diberikan oleh pegawai daerah itu sendiri bahawa peruntukkan ini kepada adun adalah hak adun untuk membelanjakan untuk kepentingan rakyat," katanya.
Difahamkan katanya, setiap penyelaras parlimen Barisan Nasional juga diperuntukkan sebanyak RM 2 juta ringgit untuk setiap kawasan parlimen, tetapi cara penggunaannya tidak jelas iaitu digunakan untuk kepentingan parti sedangkan peruntukkan ini adalah milik rakyat.
"Perkara ini terbukti dalam Pilihan raya pada 8 mac lalu, kita lihat bagaimana adun BN mengunakan peruntukkan ini dalam kempen pilihan raya mereka. Kita gesa SPRM supaya menyiasat perkara ini," katanya. - mks.
HarakahDaily.Net/-

6 ulasan:
Yang awak dah kedarah duit rakyat tu kedarah jelah, jangan lak nak alih kepada peruntukkan Parlimen BN lak. Saya setuju sprm siasat wang ADUN Selangor. kerana nampaknya dah jadi macam duit mak bapak kau orang je.
Takut apa kalau SPRM nak siasat..... Ini mesti ada benda yang kau buat tak betul.
Tanggunglah akibatnya..... buat jahat dibalas jahat. UMNO Buat baik di balas jahat.
Ratuayu...
Yg BeeEnd songlap duit rakyat Kelantan berbilion ringgit hasil royalti minyak tu bukan kedarah duit rakyat??
Peruntukan kerajaan pusat yg tidak diberi kepada kerajaan negeri Kelantan tu bukan kedarah duit rakyat??
Yang laporan dibuat pasal Khir Toyo guna wang kerajaan utk pi melancung, tentang dana Balqis, pasal ISTANa beliau yg berjuta2 tu bukan kedarah duit rakyat??
Skandal PKNZ berbilion ringgit tu... bukan kedarah duit rakyat ke namanya??
Tak kisah jika SPRM nak siasat & memang patutlah disiasat jika ada penyelewengan oleh PR Selangor. Cuma, SPRM perlu adil dan telus... penyelewengan BeeEnd juga seharusnya disiasat.
Inikah kebaikan UMNO yg anda maksudkan??
Harga minyak naik (Ron 97 & Ron 95??)
Harga barang harian naik
Tambang teksi & bas baru aje naik
Tarif letrik akan naik lagi tahun depan
Kadar jenayah dlm negara naik
Politik wang tiap kali pemilihan & pilihanraya kecil berleluasa
Jika itulah kebaikannya, memang patutlah kebaikan itu dibalas jahat. Bagaimana?? Dengan memangkah PR dalam PRU13 nanti...
perghh..lawak btol ayat last kau..hahahaha..
ADUN BN, baru 2 bulan..dh abih RM500 000..dasyat giler...black n white pn xpublish..mesti ada benda yang diorang buat xbtol ni...
laporan dah dibuat..SPRM xsiasat mende pun..SPRM pn makan sama ape duit tu?
ratu_ayu dah meroyan hahahahahhahahahaha
ADUN PR apa yan nak takut dan risaukan kalau perkara yang benar tetap benar, dan yang batil tu akan terhapus dengan sendirinya. Korek lagi apa 2 yang dibuat oleh kerajaan BN dulu banyak lagi boleh korek, biar dia sampai keakar umbi dan agar semua rakyat tahu siap PR dan BN, PRU ke 13 kita buat perhetongan semula
ADUN BN duit peruntukkan ini hanya guna untuk kepentingan diri dan keluarga sahaja. Kalau tak caya suruh SPRM siasat. Dah beratus ribu lapuran dibuat, SPRM buat pekak je. Tetapi bila ada lapuran untuk ADUN PR, terus siasat nak buktikan ada penyelewengan. Jika tiada pun buat - buat sampai ada.
Moga Allah mencampakkan mereka ini ke neraka dan diazab seazab - azabnya.
Catat Ulasan