30 Julai 2009

Zambry dan Hee Yit Fong diperintah mengadap Jumaat ini!

Setelah dihalang oleh pasukan polis daripada memasuki Dewan Undangan Negeri Perak, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat mereka di Hotel Syuen tengahari isnin lepas.

Dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, Sivakumar , selaku Pengerusi Jatankuasa tersebut menyatakan, “ Adalah jelas dan terbukti bahawa sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 adalah tidak sah dan batal”

Menurut pandangan pakar , Thomas, tidak ada manamana Pengerusi sesuatu pertubuhan atau persatuan boleh ditukar daripada kedudukannya oleh ahli-ahlinya jika mesyuarat tersebut masih belum lagi di resmi.

“Samalah sepertimana pada Sidang DUN 7 Mei lalu, persidangan belum lagi bermula tetapi BN telah mengusulkan penyingkiran saya,” kata Sivakumar.

“Dan bagaimana Ganesan boleh dibawa masuk ke dalam Dewan sebagai Speaker baru, sedangkan sepanjang masa tersebut saya masih lagi menduduki kerusi Speaker,” tanyanya lagi

Sivakumar menjelaskan , lantaran persidangan pada 7 Mei itu tidak sah , maka beliau perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang Speaker yang sah.

“Ini bermaksud , Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang sah dan kami sekadar menjalankan tugas kami,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak menunggu keputusan perbicaraannya yang bakal diadakan pada 6 Ogos nanti di Mahkamah Tinggi ?

“Sehingga Mahkamah putuskan nanti, Saya adalah Speaker Perak yang sah,” katanya.

Sivakumar juga berkata , Jawatankuasa ini akan membuat keputusan hari Khamis ini , selepas persidangan kali kedua , dijangka akan diadakan lagi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kenyataan Siva itu menyebabkan wakil media gelihati dan tergelak kerana pastinya berlaku lagi kekecuhan dengan pihak polis dipintu masuk bangunan tersebut.

Sivakumar menerangkan bahawa Ganesan akan di perintah hadir pada Khamis ini bagi kali kedua.

“Jika dia gagal menghadirkan diri, kami akan membuat keputusan , sama ada beliau hadir atau tidak, kami akan putuskan ambil sesuatu tindakan,” katanya.

Sejurus selepas sidang media tersebut, Chan Ming Kai, salah seorang anggota jawatankuasa tersebut pergi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyampaikan surat notis kepada Dr Zambry Abd Kadir dan Hee Yit Foong, Timbalan Speaker DUN Perak.

Notis tersebut memerintahkan mereka hadir pada siasatan lain oleh Jawatankuasa tersebut , pada Jumaat ini, Jam 10.00 pagi.

Catatan Oleh alhusseyn

21 ulasan:

Rakyat Perak berkata...

lawak la puak2 pakatan rakyat ni....gelihati pula bila melihat gelagat2 mereka ni...

Toyol berkata...

puak2 umno yg non otak yg lawak...dah le main rampas kerajaan...mana beruk dua ekoq yg dituduh rasuah tu tak dibicara pun...

Tanpa Nama berkata...

lagi laa lawak puak2 amno yg gila kuasa hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

lawak apa pulak? hang yang bangang...turut sekaki dengan perompak2...beginilah perangai orang umno perak dan umno malaysia...sama macm israel di palestin..ini untuk hang yang bernama(RAKYAT PERAK BERKATA)

Tanpa Nama berkata...

Lagi geli hati lihat Genesan dilantik sebagai Spekaer DUN Perak pada 7 Mei lepas padahal Dewan DUN tak mula bersidang lagi... kartun, kartun.....heeee.heeeee.haaaaa....haaaa.heeeeeeeeeee..heeeeeeee

Zambary kartun...Yit Foong lagi kartun.......

Tanpa Nama berkata...

hello rakyat perak....untong kamu maseh boleh
gelihati!!!tapi aku ni muntah sampai nak tercabut isi perot aku yg boncek ni hang tau tak..uuyet.........poooiiii

Tanpa Nama berkata...

hahahaha... memang lawak lah.. kalau dah kena tendang.. sudah lah, cukup2 lah jadi pak lawak..

mack berkata...

UMNO MEMANG RAJA LAWAK DAH DARI DULU ORANG TAHU. BUAT PROJEK PUN PROJEK LAWAK JUGA TU. UNTUNG KRONI DAN ANAK2 KALAU DAH PUAK UMNO NI SAMA JER

jiwarakyatmalaysia berkata...

UMNO mmg terang2 tak boleh pakai punya worang. Ada speaker yg sah diheretnya speaker tu mcm anjing kurap. Mmg bodohlah UMNO ni. Org UMNO mcm2 budak tadika takde otak. Semua otak udang belaka.

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata UMNO bodoh ??? UMNO boleh dikatakan paling hebat dan pandai didalam dunia dewasa ini. Dalam bab2 buat lawak jenaka dan merampas, UMNO dikira paling hebat dan pandai. Siapa boleh lawan UMNO dalam bab2 tersebut. Kalau ada yang berani lawan nahas nanti pintu penjara kat Kamunting terbuka menanti ketibaan mereka pasal kena humban masuk ISA... ha ha ha...

Tanpa Nama berkata...

salam semo geng pakatan..sila ke blog nie..n comment la pe yg patut di blog tersebut

http://awekzbukitgantang.blogspot.com/

21Halim berkata...

Saya syor Ganesan pulak panggil mesyuarat dan ambil tindakan terhadap 'bekas' speaker..

Tanpa Nama berkata...

hello geng pakatan...cukoplah lawak kau tak kelakar 2...semua yg kau ada ni datang darimana??????dari geng pakatan-kah...kah...kah....kau orang tak sadar diri,mari aku beritahu,yg kou orang nikmat ini semua dari B/UMNO tahu-tak kah..kah...kah...nak harapkan ORANG PAKATAN membebal sana cakap sini tak habis-habis cakap!!!!! satu kerjo tak buat.kalau kau orang nak cepat mampus teruskan sokong pakatan bior copet jadi aruwah lapang sikit malaysia.....

Unknown berkata...

Semuanya tak betul.Kembalikan kuasa rakyat
untuk menentukan ala tuju politik negeri Perak.
Rakyat Perak bukan Kartun.Kalau tak berani jumpa rakyat,jagalah nak berlagak sangat!!!

Tanpa Nama berkata...

Kembali kepada kuasa rakyat. BN tak payah dolak dalih. Rakyat dah benci mu.

mack berkata...

umno akan lupus sebab sudah sepatutnya dilupuskan. kalau umno berani buat lah pilihanraya sekarang PRU 13 pasti umno akan kecewa

IMAN berkata...

BUBAR DUN....
BUBAR DUN....
BUBAR DUN....
BUBAR DUN...
BUBAR DUN....
KEMBALIKAN HAK RAKYAT....
BIAR RAKYAT TENTUKAN SIAPA YANG LAYAK
MEMERINTAH NEGERI PERAK DARULRIDZUAN...
DAULAT TUANKU...
PATIK SEMBAH DERHAKA...
MOHON TUANKU MENYERAHKAN KEMBALI HAK RAKYAT
UNTUK MEMILIH PEMERINTAH...YANG SELAYAK LAYAKNYE...
UNTUK MENTADBIR NEGERI PERAK DARULRIDZUAN INI..
AMPUN TUANKU...BERJUTA-JUTA AMPUN...
DAULAT TUANKU...

Tanpa Nama berkata...

memang lawak gilababi geng2 umno yang bangang dan zalim ni.umno lawak,zalim,jahat dan entah apa lagi...hancur umno....

Unknown berkata...

Aku ni bila baca ceghita bab perak, pening dibuatnya.Yang depa dok nak pulun tu buat pa.Sabarlah bukanlah lama sangat, cukup masa nanti, pilihan raya ubahlah kerajaan.Mengkala dok buat macam ni,rakyat yang tak bedosa jadi mangsa.Kalau dulu perak ada kerajaan PR , la ni ada kerajaan BN. Kira ok lah tu.Macam mana kalau perak tak dak kerajaan langsung. Lagi kacau. Dulu Nizar MB , dia orang Melayu, la ni Zambri dia pun orang Melayu. Jadi hangpa dok kalut pa.Kalau Melayu tak sokong Melayu, hangpa nak sokong sapa.Cuba habaq mai.

Tanpa Nama berkata...

Zambry bukan melayu...dia tu Mamak haprak!!!! sapa kata dia melayu.....ish....bangang sungguh...Boleh speaking Tamil lagi tu....itu la kelebihan zambry....

Tanpa Nama berkata...

yor pape asalkan bergaye....he.he.he.he.