01 September 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 di Ipoh

IPOH : Ribuan penduduk sekitar bandar Ipoh memenuhi kawasan sekitar stesen Keretapi Ipoh dan Padang Ipoh dan sepanjang jalan untuk menyaksikan sambutan Hari kemerdekaan Ke 51 Peringkat Negeri Perak yang diadakan secara meriah dan gilang gemilang.


KDYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak mencemar duli hadir dalam majlis yang bermula sejak jam 9.15 dan berakhir pada jam 11.00 pagi tadi.


Hadir sama ialah DYTM Raja Muda Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak, DYAM Raja DiHilir Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Menteri Besar Perak dan Isteri, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli yang berhormat Parlimen dan DUN.



Upucara dimulai dengan nyanyian Lagu kebesaran Negeri Perak dan menaikkan Bendera Peribadi.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga melakukan Pemeriksaan Kawalan Kehormat.

Sambutan juga diserikan dengan Nyanyian beramai lagu "Negaraku" dan serentak dengan itu Jalur Gemilang dinaikkan.

Ikrar Hari Kemerdekaan di lakukan oleh barisan 5 athelit Perak yang mendapat kejayaan dalam SUKMA di Teranganu baru-baru ini.

Selain itu dipertunjukkan juga persembahan koir, deklemasi puisi dan tariakn kebudayaan oleh 150 orang pelajar pelbagai bangsa.

Akhir sekali DYMM TuanKu menerima perbarisan dan tabik hormat 90 kontinjen dan pancaragan yang mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

Tiada ulasan: