Jumlah eksport China meningkat 12.5% dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah import pula meningkat hampir 10%.
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China mengeluarkan laporan hari ini yang menunjukkan, jumlah eksport tersebut mencatat 802.9 bilion dolar Amerika. Manakala, jumlah import pula mencatat 679.2 dolar Amerika. Serentak itu, harga eksport meningkat hampir 10%, manakala harga import meningkat hampir 20%. Jumlah dan harga produk yang dieksport ke Kesatuan Eropah, A.S. dan Jepun meningkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan