24 September 2008

Raja Nazrin berbuka bersama rakyat di Gunung Semanggol.

BAGAN SERAI, 22 Sept. :- DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin telah menemuai rakyat di Daerah Kerian dalam satu majlis Berbuka Bersama Rakyat dalam siri lawatan ke semua daerah di Perak sempena Bulan Ramdhan pada tahun ini.



Lebih 1000 orang telah memenuhi Mesjid Bukit Putus yang terletak tidak berapa jauh dari pekan Gunung Semanggol.

Raja Nazrin besalaman dengan kanak-kanak yang hadir.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamluddin, Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Md. Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abd. Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, ADUN Selingsing, Hussin Din, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari, Pesurhjaya PASSerak, Ust. Ahmad Awang, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli, Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Seri Zulkifli , Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Dif-dif kenamaan dan masyarakat setempat.

Raja Muda Perak menyampaikan wang zakat kepada Penghulu Mukim


Majlis dimulai dengan Tazkirah dari YAB Menteri Besar sebelum ketibaan DYTM Raja Nazrin.

Selepas majlis berbuka, Raja Nazrin telah sembahyang Maghrib berjemaah bersama rakyat dimesjid yang sama.

Tazkirah oleh YAB Menteri Besar Perak.

Satu Majlis penyampaian wang asnaf zakat untuk fakir miskin telah diserahkan kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Kerian oleh Raja Nazrin.

Program diteruskan dengan sembahyang Isya dan Tarawikh berjemaah. Selesai menunaikan sembahyang, Raja Nazrin telah melayani rakyat yang berbaris panjang dari dalam mesjid sehingga ke kenderaan rasmi.

Tiada ulasan: