Semasa kakak masuk Islam pada tahun 1971 saya pada masa itu berumur 7 tahun. Ibu kesayangan masih hidup semasa itu. Dia meninggal pada tahun 1973 semasa saya darjah 3 .Sebenarnya saya kurang ingat sejelasnya peristiwa kakak meninggalkan rumah setelah dia mengambil keputusan untuk berhijrah dari agama Buddha ke Islam.
Beliau menceritakan kembali sebelum dia meninggalkan rumah dia menyuapkan nasi kepada saya adik kesayanganya sekenyang-kenyangnya. Dia nekad meninggalkan rumah dan sangat menyedari mendapat tentangan yang kuat dari ibu dan ayah kesayangan.
Beliau disembunykan dari perncarian keluarga sehingga disembunyikan di Kota Bharu di rumah seorang pekerja di Majlis Agama Islam Kelantan beberapa lama.
Sesudah itu kakak berkahwin dengan Abang Ali (kembali kerahmatullah 5 tahun lalu) sehingga meniggalkan zuriat seramai 6 orang, 3 lelaki dan 3 perempuan.
Mungkin kerana masih kecil, saya agak kurang terasa kehilangan seorang kakak malah tidak mengerti hakikat beragama. Namun yang terasa adalah ayah dan ibu.
Seingat saya kami sekeluarga telah diajarkan dan difahamkan oleh keluarga bahawa kalau masuk Islam artinya masuk melayu. Yang menyedihkan lagi seolah diiakan oleh orang Melayu sendiri.
Tohmahan ini terus berlangsung dalam keadaan beberapa orang Cina di kampung saya telah memeluk Islam. Kemungkinan mereka tidak memahami antara konsep agama dan konsep bangsa. Tidak kira Melayu atau Cina kalau tidak faham hakikat beragama dan berbangsa mereka akan terperosok dengan kefahaman itu.
Namun begitu persoalan dan tembok ini telah runtuh walaupun perlu di"clear"kan semuanya dari terus dipermainkan oleh orang yang tidak mamahami dan tidak bertanggunjawab.
2 ulasan:
inilah pemikiran kuno yg telah diajar oleh UMNO sejak sekian lama. walaupun saya orang melayu tapi saya lebih bangga jika saya dipanggil orang jawa kerana datuk saya berasal dari jawa.
perihal bangsa inilah yg menjadikan kita keliru. yg pasti bangsa itu tidak penting. malah, Nabi s.a.w sendiri melarang keras perjuangan bangsa. yg lebih dan paling penting ialah Islam. orang melayu kalau tiada Islam nescaya lebih hina dari sampah ditepi jalan.
Tembok fahaman bahawa masuk Islam >> masuk Melayu patut dipecahkan. Ada orang Melayu memandang sinis bila bukan Melayu beragama Islam bercakap mengenai Islam.
Satu lagi masalah nak tarik non muslim ni kepada Islam ialah contoh. Bila kita kata arak danjudi tu haram, non muslim kata ada rakan melayunya minum arak dan berjudi bersamanya.
Kadang-kadang manusia terlupa apa yang dia bawa..
Catat Ulasan