09 Oktober 2008

Sesudah 22 tahun memeluk Islam.

25 September 2008 yang lepas cukup berarti dalam hidup saya bila tarikh itu mengigatkan kembali nostaslgia 22 tahun yang lepas saya mengucap dua kalimah syahadah dan rasminya saya masuk Islam.

Allahlah yang menentukan siapakah yang akan dipilihNya untuk menjadi orang yang beriman dan beramal tanpa ada sempadan bangsa dan negara. Alhamdulillah saya dipilih untuk menjadi Islam oleh Allah.

Dalam keluarga kami ada 8 beradik, hanya 3 memeluk Islam dan 5 masih kekal dalam agama Buddha.

Hari ini umur saya sudah 44 tahun berarti separuh umur saya menghabiskan masa dalam agama Buddha dan sudah 22 tahun berada dalam Islam. Terasa sangat sedikit amal yang dilakukan walaupun seingat saya tidak pernah meninggalkan ibadah yang fardu yang diwajibkan oleh Allah sejak 22 tahun yang lepas.

Pada hari pertama saya mengucap dua kalimah syahadah, saya bergegas balik ke rumah sewa dan belajar untuk melaksanakan sembahyang pada hari yang sama. Kebetulan berada berdekatan mesjid saya mampu melakukan pada hari pertama itu sehinggalah sekarang.

Prinsip yang saya pegang sesungguhnya selagi kita mencari kelemahan orang lain, sampai bila kita dapat betulkan kelemahan diri sendiri. apalagi semua insan punya kelemahan diri sendiri sampai bila berakhir kerja yang sia-sia itu.

Tetapi ingatlah semua manusia juga Allah pasti anugerahkan kebaikan dan kekuatan peribadi yang tersendiri, kenapakan itu tidak diambil sebagai teladan dan petunjuk untuk menguatkan lagi semangat persaudaran dan ukhuwah.

Sesudah menjadi ADUN, malah kami dianugerahkan Allah sebuah kerajaan negeri di dunia ini, saya sangat menyedari dengan nasihat guru mursyid saya berasal dari Melaka, katanya "hati-hati anak pasti ramai yang dengki dengan kemenangan ini". kata-katanya masih kedengaran ditelinga ini.

Itulah penawar, itulah perangsang untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba, onak dan duri. Dalam diri sering disemangatkan dengan pesanan seorang guru bernama Shaqiq kepada muridnya bernama Hatim, yakni kita akan sentisa di hadapkan dengan manusia yang bersifat dengki dan khianat.

bersambung......

7 ulasan:

Juraimi Zainal berkata...

Salam,

Saya mendoakan YB dilindungi Allah swt dalam memperjuangkan syiar Islam.. Saya suka sgt tengok wajah YB dan juga YB DS Nizar..

Harap YB mendoakan saya dlm usaha saya & rakan2 menubuhkan sekolah tahfiz di NS.. Semoga kita dapat bertemu suatu hari nanti...

pemudabesut berkata...

Salam

Kami darp Pemuda PAS Besut mendoakan YB agar terus dalam
perjuangan suci ini dan memberi hidayah kepada keluarga yang belum memeluk islam...

cikliah berkata...

Salam...

Tahniah kepada YB Drs. Semoga istiqamah dalam perjuangan.

Hj Ahmad Fitri Yusof berkata...

Salam

Seronok bila ada YB PAS berbangsa Cina. Harap tuan boleh recomen dan rekrut ramai lagi rakan-rakan saudara kita bukan Melyu untuk menjadi MP dan ADUN PAS. Seterusnya biar jadi menteri, MB @ exco.

(artikel saya ttg Menteri PAS bukan Melayu)
http://wajahesok.blogspot.com

TQ

Edyes berkata...

saya amat bersyukur kerana mengenali orang seperti YB.

Salam perjuangan

cakapaje berkata...

Salam YB,

MasyAllah! Teringin benar berjumpa YB Dr dan keluarga. Pasti banyak dapat dipelari.

Ubaid Madani berkata...

salam,
Mabruuk .di doakan agar CINA ISLAM terus istiqomah dalam perjuangan berlandaskan Islam,biar jadi contoh pada pemuda melayu islam...syabas