Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan penting yang ditunggu-tunggu - melepaskan jawatan nombor satu Umno enam bulan lagi apabila tidak bersedia bertanding dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.
Keputusan perdana menteri itu yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.
Abdullah pada awalnya dijadual meninggalkan jawatan nombor teratas Umno, dan perdana menteri, pada pertengahan 2010.
Mesyuarat BN itu yang bermula selepas jam 3.30 petang masih lagi berlangsung ketika ini.
Sementara itu, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, tempat berlangsung mesyuarat berkenaan.
Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.
Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'. Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.
1 ulasan:
Drs, saya berpendapat bahawa pengunduran Pak lah dari jwtn presiden umno bukan suatu berita yg menggembirakan bagi kita yg menyokong
pakatan rakyat,ini krn dng peralehan ini akan menguatkan kembali BN, sprt mana semasa peralehan dari Dr.Mahathir kpd Pak lah dulu. saya bimbang dng peralehan ini MP yg dikatakan berminat utk melompat ke PR
akan tanggoh dulu....sdgkan masa semakin suntuk bagi DSAI utk melaksanakan operasinya...akhirnya
rancangan DSAI tinggallah angan2 sahaja...... wallahuaklam.
Catat Ulasan