05 November 2008

Drs. Khalil : ADUN dan Ketua Kampung mesti selalu bertemu untuk selesaikan masalah rakyat.

PARIT BUNTAR, 2 Nov.:- Bagi menyelesaikan masalah rakyat ADUN dan Ketua Kampung mestilah sentiasa bertemu dan berkerjasama, demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam majlis Taklimat Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK yang diadakan di sini.

Peserta Taklimat memenuhi dewan.

Khalil Idham juga menyeru dan mengingatkan supaya semua pihak mengadakan hubungan baik dengan agensi pelaksana di peringkat Daerah iaitu Pejabat Daerah dan Penghulu Mukim .

Drs. Khalil sedang menyampaikan taklimat.

Program tersebut adalah anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Titi Serong dan ADUN Kuala Kurau. Seramai 63 Peserta terdiri dari Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK dalam DUN Titi Serong dan Kuala Kurau telah hadir .

Wakil Pegawai Daerah hadir sama.


ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari telah menyampaikan taklimat bertajuk "Kearah Memperkasakan Ketua Kampung". Wakil dari Pegawai Daerah ialah Syamsul Hazeman yang menyampaikan taklimat berkaitan Projek Pembangunan Kampung, dan ADUN Titi Serong mengakhiri taklimat berkaitan Pengagihan Peruntukan ADUN.


YB.Abdul Yunus memberi talimat


Hadir sama dalam program itu ialah semua 4 Penghulu Mukim dalam Parlimen Parit Buntar iaitu Mukim Parit Buntar, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau.

Diakhir program diadakan sesi soal jawab yang mendapat sambutan menggalakkan dari peserta taklimat dengan 12 soalan yang dijawab oleh ADUN Titi Serong dan Kuala Kurau.

Seorang peserta bertanyakan soalan.